BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 27 February 2019 - The Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof today received separate introductory calls from His Excellency Emad bin Abdul Aziz bin Saad Al Muhanna, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Kingdom of Saudi Arabia to Brunei Darussalam and His Excellency Ajaneesh Kumar, the High Commissioner of Republic of India to Brunei Darussalam. 

During both calls, the Second Minister of Defence took the opportunity to congratulate both Their Excellencies for their new appointments as diplomatic envoys of their respective countries to Brunei Darussalam. 

The Second Minister of Defence also expressed satisfaction over the good state of bilateral defence relations shared between Brunei Darussalam with both the Kingdom of Saudi Arabia and the Republic of India and reaffirmed Brunei Darussalam’s commitment to further strengthen defence relations with both countries. 

Brunei Darussalam’s diplomatic ties with Saudi Arabia and Republic of India were established in 1987 and 1984 respectively.  Their Excellencies presented their respective Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 15 January 2019. 

KUNJUNGAN PENGENALAN DARI DUTA BESAR KERAJAAN ARAB SAUDI DAN PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK INDIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 27 Februari 2019 – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof pada hari ini telah menerima kunjungan pengenalan berasingan daripada Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz bin Saad Al Muhanna, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar, Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam.

Semua kedua kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua-dua Tuan Yang Terutama di atas pelantikan dari negara masing-masing ke Negara Brunei Darussalam. 

Menteri Pertahanan Kedua juga menyatakan rasa puas hati di atas hubungan pertahanan dua hala yang baik yang dikongsikan di antara Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Arab Saudi dan Republik India dan seterusnya mengesahkan komitmen negara untuk terus memperkukuhkan lagi hubungan pertahanan dengan kedua buah negara.

Negara Brunei Darussalam mula menjalinkan hubungan diplomatik bersama Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1987 manakala hubungan diplomatik bersama Republik India telah ditubuhkan pada tahun 1984. 

Kedua-dua Tuan yang Terutama telah menyembahkan Surat Watikah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Januari 2019.