BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 23 September 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, received an introductory call by His Excellency John Leonard Pencavel Virgoe, British High Commissioner to Brunei Darussalam, this afternoon.

During the call, the Second Minister of Defence congratulated His Excellency John Leonard Pencavel Virgoe on his appointment as British High Commissioner to Brunei Darussalam and expressed optimism on his stewardship towards strengthening bilateral relations between Brunei Darussalam and the United Kingdom going forward. 

Both sides reaffirmed the friendly relations that have been enjoyed for decades and acknowledged various opportunities to enhance bilateral defence and military relations.

His Excellency John Leonard Pencavel Virgoe presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 10 September 2020.



KUNJUNGAN PENGENALAN KEPADA MENTERI PERTAHANAN KEDUA DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI BRITISH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 23 September 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama John Leonard Pencavel Virgoe, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam petang ini.

Semasa kunjungan pengenalan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua telah menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Tuan Yang Terutama John Leonard Pencavel Virgoe sebagai Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam dan seterusnya berharap hubungan dua hala akan diperkukuhkan dengan panduan Tuan Yang Terutama. 

Kedua belah pihak juga telah mengesahkan hubungan dua hala yang baik dan sudah lama terjalin selama beberapa dekad. Seterusnya kedua belah pihak juga
mengambil maklum akan pelbagai peluang untuk meningkatkan lagi kerjasama pertahanan dan ketenteraan di masa hadapan.

Tuan Yang Terutama John Leonard Pencavel Virgoe telah menyampaikan Surat Watikah Perlantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 September 2020.