BOLKIAH GARRISON, Wednesday 12 October 2016 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from the new Non-Resident Defence Adviser of India to Brunei Darussalam, Colonel Anirudh Chauhan.
During the call, Commander RBAF welcomed Colonel Anirudh Chauhan to Brunei Darussalam and both sides affirmed to continue to strengthen the friendship and professional cooperation between both armed forces and countries in general. He also acknowledged and thanked the former Defence Adviser, Colonel Praveen Chhabra for his service during his tenure.
Brunei Darussalam and India recently signed an MoU on Defence Cooperation on 3 February 2016 that sets the framework for bilateral cooperation such as exchange of visits, training and military exercises.


PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGENALAN
DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN INDIA
BOLKIAH GARISON, Rabu 12 Oktober 2016 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat pengenalan daripada Penasihat Pertahanan Tidak Menetap India yang baru ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Anirudh Chauhan.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB menyambut baik Kolonel Anirudh Chauhan ke Negara Brunei Darussalam dan kedua-dua pihak bersetuju untuk terus mengukuhkan persahabatan dan kerjasama profesional antara kedua-dua angkatan tentera dan negara secara amnya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada bekas Penasihat Pertahanan, Kolonel Praveen Chhabra atas jasa beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Negara Brunei Darussalam dan India telah pun menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam Kerjasama Pertahanan pada 3 Februari 2016 yang menetapkan rangka kerja bagi kerjasama dua hala seperti pertukaran lawatan, latihan dan eksesais ketenteraan.