BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 11 June 2026 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), today received an introductory call from Colonel David H. Bradley, the newly appointed United States Non-Resident Defence Attaché to Brunei Darussalam, at the Ministry of Defence.
The introductory call provided an opportunity for both parties to reaffirm the longstanding and cordial defence relations between Brunei Darussalam and the United States. Discussions focused on avenues to further strengthen bilateral defence cooperation, including military-to-military engagements, professional exchanges, capacity-building initiatives, and regional security cooperation.
Commander RBAF congratulated Colonel Bradley on his appointment and expressed confidence that the strong defence relations between the two countries would continue to grow during his tenure. Colonel Bradley, in turn, conveyed his appreciation for the warm welcome extended by the RBAF and reaffirmed the United States’ commitment towards enhancing defence cooperation with Brunei Darussalam.
Brunei Darussalam and the United States continue to maintain strong defence relations through regular high-level engagements, professional military exchanges, education and training opportunities, as well as cooperation in addressing common security challenges of mutual interest.
Also in attendance during the introductory call were Lieutenant Colonel Haji Fadzli bin Haji Abdullah, Acting Director of Intelligence, Ministry of Defence, and Commander Bert Bratton, United States Defence Attaché to Brunei.

KUNJUNGAN PENGENALAN OLEH ATASE PERTAHANAN TIDAK MENETAP AMERIKA SYARIKAT KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Jun 2026 – Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan pengenalan daripada Kolonel David H. Bradley, Atase Pertahanan Tidak Menetap Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik, bertempat di Kementerian Pertahanan.
Kunjungan tersebut memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk menegaskan semula hubungan pertahanan yang erat dan sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat. Perbincangan turut menyentuh usaha-usaha memperkukuhkan kerjasama pertahanan dua hala, termasuk penglibatan ketenteraan-ke-ketenteraan, pertukaran profesional, inisiatif pembangunan keupayaan serta kerjasama keselamatan serantau.
Pemerintah ABDB mengucapkan tahniah kepada Kolonel Bradley atas pelantikan beliau dan menyatakan keyakinan bahawa hubungan pertahanan yang kukuh antara kedua-dua negara akan terus berkembang sepanjang tempoh perkhidmatannya. Kolonel Bradley juga merakamkan penghargaan atas sambutan yang diberikan oleh ABDB serta menegaskan komitmen Amerika Syarikat untuk terus mempertingkatkan kerjasama pertahanan dengan Negara Brunei Darussalam.
Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat terus mengekalkan hubungan pertahanan yang kukuh melalui penglibatan peringkat tinggi secara berkala, pertukaran profesional ketenteraan, peluang pendidikan dan latihan, serta kerjasama dalam menangani cabaran keselamatan yang menjadi kepentingan bersama.
Turut hadir semasa kunjungan pengenalan tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Fadzli bin Haji Abdullah, Pemangku Pengarah Perisikan, Kementerian Pertahanan, dan Komander Bert Bratton, Atase Pertahanan Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam.