
BOLKIAH GARRISON, Friday, 16 November 2018 – Colonel Dmitry S. Gurov, the Military, Air and Naval Attaché of the Embassy of The Russian Federation, who is based in Kuala Lumpur, Malaysia and accredited to Brunei Darussalam, today made separate introductory calls on
the Minister of Defence II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd. Yussof, and the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
The
Minister of Defence II expressed satisfaction over the good progress of the bilateral defence relations between Brunei Darussalam and the Russian Federation. This is reflected through the successful signing of the respective memorandums of understanding (MOUs) on military cooperation and the active exchange of visits including port calls, meetings and activities, both at the bilateral and regional level including under the framework of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus).
Both sides reaffirmed the friendly defence relations between the two countries and also discussed matters of common interest and other bilateral and multilateral avenues to further strengthen the defence relationship and cooperation.
On a separate call, the Commander RBAF took the opportunity to congratulate Colonel Dmitry S. Gurov for his recent appointment as the Russian Federation Military Attaché accredited to Brunei Darussalam on 10 March 2018. Both sides hope to maintain the cordial bilateral military-to-military relationship and cooperation between both armed forces.


KUNJUNGAN PENGENALAN KEPADA DARIPADA ATASE TENTERA RUSIAI KE NEGARA BRUNEI DARRUSALAM
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 16 November 2018 – Kolonel Dmitry S. Gurov, Atase Tentera, Udara dan Laut Kedutaan Besar Persekutuan Rusia yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia, serta diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam, hari ini membuat kunjungan pengenalan secara beransingan kepada Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md. Yussof, dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
Yang Berhormat Menteri Pertahanan II menyampaikan rasa puas hati di atas perkembangan yang baik dalam hubungan pertahanan dua hala kedua negara. Hubungan ini telah dicapai melalui kejayaan penandatanganan beberapa memorandum persefahaman kerjasama tentera serta pertukaran lawatan termasuk lawatan kapal, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti di tahap dua hala dan rantau termasuk di bawah rangka kerja Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus).
Kedua belah pihak juga mengesahkan hubungan pertahanan yang baik antara kedua negara dan juga berbincang mengenai perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama serta kaedah-kaedah lain yang boleh mempertingkatkan serta memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pertahanan dua hala dan pelbagai hala antara kedua negara.
Semasa kunjungan hormat bersama Pemerintah ABDB, Pemerintah ABDB mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Atase Tentera, Udara dan Laut Kedutaan Besar Persekutuan Rusia dan diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam, pada 10 Mac 2018. Kedua belah pihak berharap untuk meneruskan hubungan dua hala ketenteraan serta kerjasama yang baik di antara kedua buah angkatan tentera.