BOLKIAH GARRISON, Monday, 30 July 2018 — His Excellency Dr Sujatmiko, the Ambassador Ex-traordinary and Plenipotentiary of Republic of Indonesia to Brunei Darussalam, made an introductory call to Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence this afternoon.
During the call, both sides affirmed the excellent relations that both sides continue to enjoy at present. Both sides also expressed pleasure at the conduct of the official visit by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to Republic of Indonesia in May 2018, which included a visit to Tentara Nasional Indonesia (TNI) Headquarters in Cilangkap. Both sides also acknowledged defence as an important pillar of bilateral cooperation, noting various bilateral defence and military engagements at various levels.
Before his current tenure as Ambassador of Republic of Indonesia, he served as the Deputy Coordinat-ing Minister for Women and Children Protection at the Coordinating Ministry for Human Development and Cultural Affairs. His Excellency Dr Sujatmiko arrived in Brunei Darussalam on 19 April 2018 and presented his Letters of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 7 July 2018.
KUNJUNGAN PENGENALAN DUTA BESAR REPUBLIK INDONESIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 30 Julai 2018 — Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko, Duta Be-sar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam yang baru, telah membuat kunjungan pengenalan kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.
Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak telah mengesahkan hubungan dua hala yang sangat baik antara kedua belah negara. Kedua belah pihak juga melahirkan rasa berpuas hati atas lawatan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah berjalan dengan lancar, yang juga melibatkan lawatan ke markas Tentara Nasional Indonesia (TNI) di Cilangkap. Kedua belah pihak juga menekankan pertahanan sebagai bidang kerjasa-ma yang penting, dengan mengambil kira berbagai interaksi pertahanan dan ketenteraan di pelbagai peringkat.
Sebelum mengambil alih tugas sebagai Duta Besar Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Dr Sujatmiko merupakan Timbalan Menteri bagi Koordinasi Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita di Kementerian Pembangunan Manusia dan Kebudayaan. Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko telah tiba di Negara Brunei Darussalam pada 19 April 2018 dan telah menghadapkan surat pelantikan beliau ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 7 Julai 2018.