PENANJONG GARISON, Khamis 30 April 2015 – Perlawanan Kejohanan Bulu Tangkis Askar Wanita Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi tahun 2015 telah diadakan selama tiga hari bermula dari 28 April 2015 hingga 30 April 2015.
Kejohanan diadakan di Dewan Gerak Badan Penanjong Garison, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Tujuan Kejohanan Bulu Tangkis diadakan untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan latihan jasmani ahli-ahli Askar Wanita sama ada dari segi fizikal dan mental, menguji semangat berpasukan demi mencapai matlamat dan kejayaan serta memilih pemain-pemain baru bagi wakil ABDB ke peringkat Kebangsaan.
Perlawan bulu tangkis pada tahun ini disertai oleh Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan ABDB dan Kementerian Pertahanan. Sebanyak dua katergori yang dipertandingkan iaitu:
• 10 orang berpasukan (Regu dan Perseorangan) bagi umur 35 tahun
• Acara Khas Regu Terbuka bagi umur 35 tahun ke atas
Pada tahun ini, pasukan Institut Latihan telah menjuarai Perlawan Kejohanan Bulu Tangkis Askar Wanita ABDB pada tahun 2015 dan diikuti oleh Pasukan Tentera Darat Diraja Brunei ditempat kedua.
Manakala Kementerian Pertahanan ditempat ketiga bagi kejohanan ini. Bagi Acara Khas dimenangi oleh Kementerian Pertahanan diikuti Tentera Darat Diraja Brunei dan Institut Latihan ditempat Ketiga.
Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Lt Kol Hjh Asnah binti Haji Matamit, Pegawai Turus Kewangan, Jabatanarah Keanggotaan. Juga turut hadir di kejohanan tersebut ialah Timbalan Pegawai Turus Askar Wanita, Pegawai-Pegawai dan Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
