MUARA, Tuesday, 25 June 2019 – A 2-day Initial Planning Conference (IPC) for the Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Bilateral Exercise between the United States Armed Forces (U.S. Armed Forces) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) began today at the Multi National Coordination Centre (MNCC), Muara.
The IPC was co-chaired by Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Staff Officer 1 J7 (Joint Training), Joint Force Headquarters RBAF and Commander Ian Vale Cruz, Assistant Chief of Staff Medical from the Combined Task Force 73 (CTF 73). The IPC was also attended by representatives from participating units in both Armed Forces.
During the conference, the participants discussed on possible activities, dates, venues, sequence of events, and further planning details for the successful conduct of 25th CARAT 2019. The IPC also discussed the exercise organisational structure and other exercise logistical and administrative matters. CARAT this year is planned to be conducted in two segments, with the exercise proper between RBLF and U.S. Marine Corps (USMC) from 6 to 20 October, and the other CARAT activities to take place from 22 to 31 October.
The 25th CARAT 2019 is aimed to increase the level of proficiency and interoperability of RBAF, other governmental agencies in Brunei Darussalam, U.S. Armed Forces and United States Coast Guard (USCG) personnel in addressing current and future contemporary and complex threats.

MESYUARAT PERANCANGAN AWAL BAGI EKSESAIS CARAT KE-25 2019
MUARA, Selasa, 25 Jun 2019 – Mesyuarat Perancangan Awal (IPC) bagi eksesais dua hala Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) telah diadakan selama dua (02) hari di antara Angkatan Tentera Amerika Syarikat (Angkatan Tentera A.S.) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Pusat Penyelarasan Multinasional (MNCC), Muara.
IPC tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pegawai Turus J7 (Joint Training), Markas Angkatan Bersama ABDB dan Komander Ian Vale Cruz, Penolong Ketua Staf Perubatan daripada Combined Task Force 73 (CTF 73). Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh perwakilan dari unit-unit yang terlibat dari kedua negara.
Perkara-perkara yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut melingkungi aktiviti, tarikh, tempat, aturcara dan juga butiran perancangan lanjut yang bertujuan agar Eksesais CARAT yang ke-25 dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Eksesais CARAT yang ke-25 pada tahun ini dibahagikan kepada dua segmen, di mana eksesais di antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan U.S. Marine Corps Amerika Syarikat akan diadakan pada 6 hingga 20 Oktober, manakala aktiviti-aktiviti sempena Eksesais CARAT yang lain akan diadakan pada 22 hingga 31 Oktober 2019.
Eksesais CARAT yang ke-25 bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan interoperabiliti di antara anggota-anggota ABDB, agensi-agensi kerajaan Negara Brunei Darussalam, Angkatan Tentera A.S. dan juga U.S. Coast Guard Amerika Syarikat di dalam menangani ancaman semasa dan masa depan yang kompleks.