SERIA, Wednesday 8 Mac 2017 – The Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) was officiated today by the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah in an opening ceremony held at the Medicina Lines, Seria.
The RJWS, co-hosted by the RBAF and British Forces Brunei (BFB), aims to develop Brunei Darussalam as a Centre of Excellence for Jungle Warfare. A total of 11 countries participated this year namely Australia, Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Philippines, Singapore, Thailand, United Kingdom, United States of America and Vietnam.
During the opening ceremony, Commander of the RBAF expressed his hope for the symposium to be a beneficial platform towards the enhancement of the ways in which participating countries can share, develop and transfer information and knowledge. Secondly, the Commander of the RBAF also underlined the importance of capacity-building and development in the way military operations in the jungle environment are defined, understood and conducted; and as a driver or catalyst for future Research and Development efforts on how to optimise technology to support and enhance jungle operations.
Held from 7 to 9 March 2017, the Symposium serves to promote cooperation between the participating nations’ jungle warfare schools and experts such as in the area of information exchange and the sharing of best practices. The Symposium is also an opportune platform to identify the future course of cooperation such as in the exchange of instructors and also in developing an observer’s programme. The Symposium will be officially closed by the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar on 9 March 2017.








SIMPOSIUM PEPERANGAN HUTAN SERANTAU JULUNG KALI DI ADAKAN BERMULA
SERIA, Rabu 8 Mac 2017 – Majlis Pembukaan Simposium Peperangan Hutan Serantau atau Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) telah dirasmikan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah yang berlangsung di Medicina Lines, Seria.
Simposium yang dianjurkan bersama oleh ABDB dan British Forces Brunei (BFB) ini bertujuan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat kecemerlangan bagi Peperangan Hutan. Sebanyak 11 buah negara telah menyertai simposium tersebut iaitu Australia, Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Semasa majlis Pembukaan Rasmi tersebut, Pemerintah ABDB telah menggariskan hasil sasaran yang diharapkan dari Simposium tersebut dalam meningkatkan perkongsian, perkembangan dan pemindahan maklumat dan pengetahuan di antara negara-negara yang mengambil bahagian. Pemerintah ABDB seterusnya menekankan kepentingan Simposium ini ke arah pembinaan dan perkembangan kapasiti dalam mentakrifkan, memahami dan mengendalikan operasi ketenteraan dalam persekitaran hutan; dan juga sebagai pendokong atau pemangkin kepada usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan masa hadapan mengenai bagaimana mengoptimumkan teknologi untuk menyokong dan meningkatkan operasi hutan.
Simposium tersebut, yang dikendalikan dari 7 hingga 9 Mac 2017, bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama sekolah-sekolah peperangan hutan dan pakar-pakar di antara negara-negara yang terlibat termasuk dalam perkongsian maklumat dan amalan-amalan terbaik (best practices). Disamping itu, RJWS juga dihasratkan untuk mengenal pasti peluang-peluang ke arah meningkatkan kerjasama seperti pertukaran jurulatih dan menghasilkan sebuah program pemerhati di masa hadapan. Majlis penutup bagi Symposium berkenaan akan dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Kepten (Bersara) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar pada 9 Mac 2017.