BERAKAS, Tuesday 4 April 2017 – This morning the first meeting of the Organizing Committee for the National Level Finals of Al-Quran Memorisation and its Comprehension Musabaqah 1438 Hijrah was held at the Teratai Hall, Ministry of Religious Affairs.
This year, the National Level Finals of Al-Quran Memorisation and its Comprehension 1438 Hijrah is jointly conducted by the Ministry of Religious Affairs through MABIMS Al-Quran Studies and Propagation Centre and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
The inaugural Organising Committee meeting was jointly chaired by the Co-Chairs, Pg Haji Haslin bin Pg Haji Ali, Acting Director of the MABIMS Al-Quran Studies and Propagation Centre, Ministry of Religious Affairs; Colonel Hamed bin Awang Khairul Haji Lampoh, Commandant of Training Institute RBAF (TI RBAF); and Awg Haji Idris bin Haji Aji, Head of the Islamic Syi’ar Development Division, Ministry of Religious Affairs.
The National Level Finals Of Al-Quran Memorisation And Its Comprehension Musabaqah 1438 Hijriah will be held for two days from May 9 to May 10 2017 at the Main Conference Hall, International Convention Center, Berakas.
The Musabaqah is an annual project of the Ministry of Religious Affairs conducted by the MABIMS Al-Quran Studies and Propagation Centre.

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA PELAKSANA MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BESERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1438 HIJRAH
BERAKAS, Selasa 4 April 2017 – Mesyuarat pertama bagi Jawatankuasa Pelaksana Musabaqah Menghafaz Al-Quran beserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan 1438 Hijrah telah berlangsung di Dewan Teratai, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Tahun ini, Majlis Musabaqah Menghafaz Al-Quran beserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan 1438 Hijrah akan dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al Quran MABIMS dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana yang julung-julung kali ini dipengerusikan oleh Pengerusi Bersama Pg Haji Haslin bin Pg Haji Ali, Pemangku Pengarah Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU); Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Komandan Institut Latihan ABDB (IL ABDB); dan Awg Haji Idris bin Haji Aji, Ketua Bahagian Kemajuan Syi’ar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Musabaqah Menghafaz Al-Quran beserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan 1438 Hijrah dijangka akan berlangung selama dua hari mulai 9 Mei hingga 10 Mei 2017 di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Musabaqah ini merupakan salah satu projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang dikendalikan oleh Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS.