
TUTONG, Monday, 25 September 2023 – A total of 17 personnel from the Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) were deployed to lend a helping hand to flood-affected residents in Tutong district areas deluged by heavy rain together with the Fire and Rescue Department Brunei as a leading coordinating agency and Tutong District Office.
2Bn RBLF provided logistical support in terms of manpower and shuttle transportation to the local residents inundated by the flood and assisted the Community Development Department (JAPEM) to distribute basic necessities in the form of bottled water, rice, canned food as well as biscuits and drinks to a number of affected families.
Heavy rain downpour has caused flooding in lowland areas that left several residential areas and main roads inaccessible, particularly in around areas of Kampung Kuala Ungar, Kampung Rambai, Kampung Layong, Kampung Ukong and Kampung Benutan.
As Brunei Darussalam is currently experiencing adverse weather conditions, RBLF has vowed to maintain their close cooperation with the Tutong District Disaster Management Centre (DDMC) and other agencies as to support the Whole-of-Nation Approach in aiding the affected citizens.




BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBERI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM
TUTONG, Isnin, 25 September 2023 –Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) terus memberikan bantuan bencana alam khususnya kepada penduduk kampong di Daerah Tutong yang terjejas dengan keadaan banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan bersama Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei sebagai agensi penyelaras. Seramai 17 anggota dari Batalion Kedua (2Bn) TDDB dikerahkan bagi membantu dalam operasi tersebut.
2Bn TDDB telah menyediakan bantuan logistik berupa bantuan tenaga manusia dan kemudahan pengangkutan ke kawasan kampong berkenaan serta memberi bantuan kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dalam melaksanakan pembahagian keperluan asas seperti air mineral, beras, makanan tin, biskut dan minuman kepada ahli keluarga yang tinggal di kawasan terjejas.
Keadaan hujan lebat telah menyebabkan banjir di kawasan rendah hingga mengakibatkan beberapa rumah kediaman dan sebahagian penghubung jalan raya yang menjadi laluan utama penduduk kampong tidak dapat dilalui, khususnya di persekitaran Kampung Kuala Ungar, Kampung Rambai, Kampung Layong, Kampung Ukong dan Kampung Benutan.
TDDB sentiasa bersiap sedia dalam menghulurkan sebarang bantuan pada masyarakat awam terutama kepada yang menghadapi musibah seperti banjir dan berkerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong
(DDMC) serta agensi-agensi lain bagi mendokong Pendekatan Senegara
(Whole-of-Nation Approach).