TUTONG DISTRICT, Saturday, 04 September 2021
The Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) assisted in a natural disaster relief effort in Tutong District after the recent heavy rain caused flooding in lowland areas that left several residential areas and main roads inaccessible, particularly around the areas of Kampung Layong.

2BN RBLF relief efforts included assistance in terms of manpower and shuttle transportation for the affected local residents for their daily routine and necessities. The relief efforts were conducted following the Ministry of Health guidelines to combat COVID-19, including practising social distancing, providing hand sanitisers and limiting the number of passengers for preventive measures. 

As Brunei Darussalam is currently experiencing adverse weather conditions, RBLF will continue to work with the District Disaster Management Centre (DDMC) and other agencies in assisting the affected residents. 






BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERIKAN BANTUAN KEMANUSIAN DAN BENCANA ALAM

DAERAH TUTONG, Sabtu, 04 September 2021 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah memberikan bantuan bencana alam di Daerah Tutong selepas hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan kediaman dan menjejaskan sebahagian jalan raya yang menjadi laluan utama, terutamanya di persekitaran Kampung Layong. 

Bantuan yang diungkayahkan oleh 2Bn TDDB adalah termasuk bantuan tenaga manusia dan kemudahan pengangkutan bagi keperluan harian penduduk- penduduk kampung. Bantuan ini telah pun dilaksanakan mengikut garis pandu yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan bagi menangani COVID-19 termasuk mengekalkan penjarakan sosial, menyediakan
hand sanitiser dan mengurangkan jumlah penumpang sebagai langkah pencegahan.

Pada masa ini, Negara Brunei Darussalam sedang mengalami keadaan cuaca yang tidak menentu. Oleh itu, TDDB akan terus bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong (DDMC) dan agensi-agensi lain dalam memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas.