BERNE, GERMANY, Thursday 22 August 2013 – His Royal Highness Lieutenant Prince ‘Abdul Mateen yesterday attended the launch and naming of the Royal Brunei Navy’s new ship DARUTTAQWA at the Fr Luerssen Werft (FLW) shipyard, Berne, Germany.

Prior to the ceremony, His Royal Highness attended a briefing on the construction of the patrol vessel by representatives from the shipyard and the Royal Brunei Navy, as well as a luncheon at the Park Hotel.

Also in attendance at the briefing and luncheon were Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Hj Mustappa Hj Sirat, Permanent Secretary at the Prime Minister’s Office Dato Paduka Hj Hamdan Hj Abu Bakar, Brunei Darussalam Ambassador to Germany Pehin Datu Panglima Colonel (Rtd) Dato Paduka Hj Abdul Jalil Hj Ahmad, Commander of the Royal Brunei Navy First Admiral Dato Seri Pahlawan Hj Abdul Halim Hj Mohd Hanifah, as well as officials from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

On his arrival at the shipyard, His Royal Highness was greeted by the Bruneian officials and the managing director of FLW Peter Luerssen, before being invited to board the under-construction vessel, which is due to be completed in May 2014.

The official launch commenced with the recital of Surah Al-Fatihah and a speech by Luerssen.

Concluding the event, a prayer was read by Assistant Head of the Religious Department at the RBAF Captain Ariffin Amit.

Work began on DARUT  TAQWA in May 2012.

The Darussalam class vessel will be 80 metres in length, weigh 1,600 tonnes, and be equipped with a helicopter landing pad. It will be commissioned into the Royal Brunei Navy as an offshore patrol vessel. It will also serve as the logistics and training ship for Royal Brunei Navy personnel.


BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PELANCARAN DAN PENAMAAN KAPAL DARUTTAQWA TLDB


BERNE, JERMAN, Khamis, 22 Ogos
– Dalam menjana keselamatan perairan negara dan teluk rantau, kemampuan
untuk terus memantau dan bertindak bagi sebarang ancaman ke atas laluan
dan aset ekonomi di perairan bukan sahaja memerlukan perkapalan dan
sistem persenjataan yang canggih, malahan kewibawaan dan semangat waja
anggota-anggota yang diberikan amanah.

Sehubungan
itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul
Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis
Pelancaran dan Penamaan Kapal Terbaru Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB),
Kapal Peronda DARUTTAQWA, di limbungan Syarikat Pembinaan Kapal
Luerssen, Berne, Niedersachsen, Republik Persekutuan Jerman di sini,
hari ini.

Keberangkatan
tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul
Mateen di limbungan kapal dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan,
Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Duta Besar Negara Brunei
Darussalam ke Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Pehin Datu
Panglima Kolonel (Bersara) Dato Paduka Haji Abdul Jalil bin Haji Ahmad,
Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Dato Seri
Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd. Hanifah, dan Pengarah Urusan
Syarikat Pembina Kapal Luerssen, Tuan Peter Luerssen.

Sejurus
keberangkatan tiba, YTM dijunjung melawat ke atas kapal Peronda
DARUTTAQWA untuk meninjau perkembangan pembinaan kapal tersebut dan
seterusnya bergambar ramai di kawasan geladak pelantar kapal tersebut.

Majlis
kemudiannya diteruskan dengan Majlis Pelancaran dan Penamaan Kapal
Peronda DARUTTAQWA yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Faatihah
dipimpin oleh Penolong Ketua Jabatan Agama, Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei (ABDB), Kapten Ariffin bin Amit dan diikuti dengan sembah
alu-aluan oleh Pengarah Urusan Syarikat Pembina Kapal Luerssen, Tuan
Peter Luerssen.

Pada
majlis tersebut, YTM berkenan mengurniakan sabda pelancaran dan
penamaan Kapal Peronda DARUTTAQWA diikuti dengan laungan azan.

Sejurus
kapal Peronda DARUTTAQWA diturunkan hingga ke paras air buat pertama
kalinya, doa selamat dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB
bagi memohon keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, YTM berkenan menerima Pesambah dan menandatangani Lembaran Kenangan.

Kapal
Peronda DARUTTAQWA akan ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja
Brunei sebagai kapal peronda luar pantai dan juga berfungsi sebagai
kapal logistik dan latihan bagi anggota TLDB. Kapal ini mula dibina pada
bulan Mei 2012 dan dijangka siap pada bulan Mei 2014 dan merupakan
kapal peronda Kelas Darussalam yang berukuran 80 meter dengan berat
1,600 tan dan dilengkapi dengan landasan pendaratan helikopter.

DARUTTAQWA
bermakna bahtera yang sentiasa dalam naungan perlindungan kesejahteraan
daripada sebarang ancaman dengan benteng dan pemeliharaan dari Allah
Subhanahu Wata’ala di mana anak kapal dan penumpangnya sentiasa
menjunjung dan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangan
agama dengan penuh ketaqwaan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Dengan
adanya lagi Kapal Peronda DARUTTAQWA terbaru ini, Tentera Laut Diraja
Brunei (TLDB) kini menambah lagi bilangan kapal peronda barunya selain
memiliki Kapal Peronda Luar Pantai daripada Kelas Darussalam yang
dinamakan KDB Darussalam, KDB Darulehsan dan KDB Darulaman yang
merupakan pengganti kepada kapal-kapal peluru berpandu lama daripada
Kelas Waspada yang sudah berkhidmat lebih dari 30 tahun.
Selain
daripada kapal peronda yang dimiliki, TLDB juga turut memiliki empat
buah Kapal Peronda Laju dari Kelas Ijtihad sepanjang 41 meter iaitu KDB
Ijtihad, KDB Berkat, KDB Syafaat dan KDB Afiat yang menggantikan Kapal
Peronda Laju dari Kelas Perwira.

Dengan
adanya penambahan kapal-kapal baru ini diharap anggota-anggota TLDB
akan dapat  mempertingkatkan lagi keupayaan mereka dengan ilmu
pengetahuan dan aset moden serta canggih di samping sentiasa berusaha
untuk berkembang maju selaras dengan perkembangan Kertas Putih
Pertahanan.

Maka anggota TLDB perlu terus memanfaatkan kelebihan dan cabaran peranan yang bakal dan seterusnya akan sentiasa dipikul.

Dengan
perolehan peningkatan permodenan kapal yang selaras dengan kehendak dan
keperluan membanteras gejala-gejala dan aktiviti menjurus ke arah
ancaman ke atas kepentingan negara ini, aset-aset baru tersebut
diharapkan dapat menjadi pemangkin serta penghalang dan benteng
pertahanan yang kukuh seterusnya peningkatan perkhidmatan dan kerjasama
dengan agensi-agensi penguatkuasa maritim dan agensi yang lainnya.