BOLKIAH GARRISON, Saturday 30 May 2015 – His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Senior Minister at the Prime Minister’s Office and General of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) consented to attend a Doa Kesyukuran Ceremony in conjunction with RBAF 54th Anniversary.

The ceremony took place at Ministry of Defence Surau, Bolkiah Garrison.

Upon arrival, His Royal Highness was welcomed by the Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat and  RBAF Commander, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah

The ceremony began with the reading of Al-Quran and mass Magrib prayer led by Captain Ariffin bin Amit, Assistant Head of Religious Department RBAF (JA’MAAT). This was followed by the reading of Surah Yassin and Tahlil led by Ustaz Haji Ruslan bin Haji Sulaiman, Senior Religious Officer at the Ministry of Defence who later read the Doa Kesyukuran.  While the mass Isya’ prayer was led by Captain Ariffin bin Amit, Assistant Head of Religious Department RBAF (JA’MAAT).

After the prayer, His Royal Highness receives Junjung Ziarah and proceeded to the Officers’ Mess for the Santap. Prior before Santap, His Royal Highness consented for a photo session followed by watching a photo clip presentation and signing the Royal Parchment.

Present were members of Defence Executive Committee, Services Commanders and Commandants, Directors, Senior Officers of Ministry of Defence and RBAF. Also present were former Deputy Ministers of Defence and Commanders of RBAF.

RBAF will celebrate its 54th Anniversary at Training Institute RBAF, Penanjong Garrison. This year’s anniversary theme is ‘RBAF Generation with a Vision’.

 

 

 

 

 


DYTM JENERAL ABDB BERANGKAT KE MAJLIS DOA KESYUKURAN ULANG TAHUN ABDB


BOLKIAH GARISON, Sabtu 30 Mei 2015 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-54.

Majlis diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Majlis bermula dengan bacaan Al-Quran diikuti dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB, JA’MAAT, Kapten Ariffin bin Amit dan disusuli dengan bacaan wirid dan doa.

Sementara bacaan Surah Yassin dan tahlil dipimpin oleh Pegawai Ugama Kanan Kementerian Pertahanan, Ustaz Haji Ruslan bin Haji Sulaiman dan seterusnya Doa Kesyukuran. Manakala Sembahyang Fardu Isyak diimamkan oleh Kapten Awang Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT).

Di majlis ini Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah sebelum berangkat ke Mes Pegawai Bokiah Garison bagi Majlis Santap Malam.

Sebelum Majlis Santap bermula, Duli Yang Teramat Mulia berkenan untuk sesi bergambar ramai diikuti dengan menyaksikan tayangan klip foto dan menandatangani Lembaran Keberangkatan.

Antara yang hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Komandan-komandan, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB. Juga hadir ialah mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah ABDB.

ABDB akan menyambut ulang tahun penubuhannya pada 31 Mei 2015 di Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison. Tema sambutan tahun ini ialah ‘Generasi ABDB Berwawasan’.