BOLKIAH GARISSON, Wednesday, 31 May 2017 – His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and General of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today consented to attend a thanksgiving ceremony to mark the RBAF’s 56th anniversary.

The anniversary, which falls on every 31 May, was held at Surau Ad-Difa’, Ministry of Defence.

Upon arrival, His Royal Highness was welcomed by the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit and Commander of the RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Also present were the former Deputy Minister of Defence and RBAF Commanders, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries and Senior Officers of the Ministry of Defence and RBAF.

The ceremony began with a recital of Al-Quran and mass Zohor prayers by Imam Zulfadhli bin Haji Awang followed by a reading of Surah Yassin, Tahlil and thanksgiving prayers led by Imam Shuib bin Abdullah.

After the prayers, His Royal Highness the Crown Prince received a Junjung Ziarah by those present, followed by the signing of the Royal Parchment to commemorate the event



and a photo session
.

The theme of the RBAF’s 56th anniversary celebration this year is ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’.






DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA JENERAL ABDB BERANGKAT KE MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-56


BOLKIAH GARISON, Rabu 31 Mei 2017 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-56.

Majlis Hari Ulang Tahun tersebut, yang disambut pada setiap 31 Mei, diadakan di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah Mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kepten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan sembahyang Fardhu Zohor berjemaah dipimpin oleh Imam Zulfadhli bin Haji Awang diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran oleh Imam Shuib bin Abdullah.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya menerima Junjung Ziarah bersama mereka yang hadir, diikuti dengan



menandatangani lembaran keberangkatan dan
sesi bergambar ramai.

Sambutan Hari Ulang Tahun yang ke-56 tahun ini membawa tema ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’.