BOLKIAH GARRISON, Thursday, 30 May 2024 – A
Doa Kesyukuran Ceremony to bless and commemorate the 63rd anniversary of The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) establishment at all the Ministry of Defence and RBAF
suraus including Pulau Baru-Baru Mosque with the focus of the event at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison in the late afternoon today.


The
Doa Kesyukuran Ceremony at Surau Ad-Difa’ was graced by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office (PMO).


The arrival of His Royal Highness was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II; and Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF.

The ceremony began with the recitation of Surah Ali ‘Imran, verses 169 to 173 by Yang Mulia Warrant Officer 1 Aliuddin bin Haji Sarbini, Royal Brunei Navy (RBN) from Support Service Headquarters, RBN, the
Qari who represented the RBAF and was 2nd runner up in the  Al-Quran Memorisation Competition for Islamic Armed Forces in the Islamic Republic of Iran in 2013. 

 

His Royal Highness then performed the mass
Fardhu Maghrib and Sunat Hajat prayers led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Staff Officer Grade 1 (SO1) Religious Training at the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). This was then followed by recitation of
Surah Yaasin,
Tahlil and
Doa Kesyukuran which was led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of JAMA’AT. The ceremony then continued with mass
Fardhu Isya’ prayers led by the SO1 Religious Training, JAMA’AT.


His Royal Highness the Crown Prince then proceeded to the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison for an evening banquet before the conclusion of the event. 


Also present during the ceremony were special guests comprised former Deputy Ministers of Defence and former Commanders of the RBAF, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Service Commanders, Acting Service Commanders, Directors, Commandants, and Senior Officers of the Ministry of Defence.


The
Doa Kesyukuran Ceremony

is held to seek blessings from Allah Subhanahu Wa Ta’ala for the continued success of the RBAF in fulfilling its missions of defending the nation’s sovereignty,
preserving its territorial integrity, and upholding the constitution and principles of the Malay Islamic Monarchy philosophy. Traditionally, the RBAF Anniversary is celebrated on May 31st, however this year’s grand parade will take place on 1st June at Penanjong Garrison.








 

DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, MENTERI KANAN DI JABATAN PERDANA MENTERI BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-63

 

BOLKIAH GARISON, Khamis, 30 Mei 2024 – Majlis Doa Kesyukuran khusus bagi memberkati dan memperingati hari ulang tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-63 telah diadakan di semua surau Kementerian Pertahanan dan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan majlis di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison pada lewat petang hari ini.


Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’ disemarakkan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM). 


Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; dan Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.


Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Ali ‘Imran, ayat 169 hingga 173 yang dibacakan oleh Yang Mulia Pegawai Waran Satu Aliuddin bin Haji Sarbini, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dari Markas Perkhidmatan Bantu, TLDB, wakil Qari ABDB dan Naib Johan Musabaqah bagi Tilawah Al-Quran antara Tentera-Tentera Islam Antarabangsa di Republik Islam Iran pada tahun 2013. 


Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Pegawai Turus Tarbiah Agama daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Acara kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran HUT ABDB ke 63 yang diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah JAMA’AT. Majlis kemudian diikuti dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Turus Tarbiah Agama, JAMA’AT.


Duli Yang Teramat Mulia kemudian berangkat ke Mes Pegawai, Bolkiah Garison bagi Majlis Santap sebelum majlis berakhir. 


Juga hadir pada majlis ini ialah para jemputan khas  terdiri dari mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan dan mantan-mantan Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku-pemangku Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.


Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan bagi memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar ABDB dikurniakan kejayaan dalam mencapai misinya mempertahankan kedaulatan negara, memelihara integriti wilayah, serta menegakkan perlembagaan dan prinsip-prinsip falsafah Melayu Islam Beraja. Walaupun Hari Ulang Tahun Sambutan ABDB secara tradisinya disambut pada tarikh penubuhan rasmi iaitu 31 Mei, upacara perbarisan raksasa tahun ini akan berlangsung pada 1 Jun di Penanjong Garison.​