
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 30 May 2023 - The 31st of May is a significant date in the history of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), as it was on this date in 1961 that the RBAF, formerly known as the Brunei Malay Regiment (BMR), was officially established. This year, the Doa Kesyukuran Ceremony to bless and express gratitude for RBAF’s 62nd anniversary was held concurrently at all Ministry of Defence and RBAF suraus including Masjid Pulau Baru-Baru with the focus of event at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison in the late afternoon today.
The Doa Kesyukuran Ceremony at Surau Ad-Difa’ was graced by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office.
Accompanying His Royal Highness, the Crown Prince Haji Al-Muhtadee Billah was His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
The arrival of His Royal Highness was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II; and Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
The ceremony began with the recitation of Surah Al-An’am, verses 81 to 83 by Private Muhammad Zainul Arifin bin Haji Haminuddin from the Second Battalion, Royal Brunei Land Forces (RBLF), who represented the RBAF at the 9th International Al-Quran Memorisation Competition for Islamic Armed Forces in the Kingdom of Saudi Arabia in 2022.
His Royal Highness then performed the mass Fardhu Maghrib prayers led by Imam Mohammad Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam of Surau Ad-Difa’ and continued with the Sunat Hajat Prayers, recitation of Surah Yaasin and Tahlil.
The Doa Kesyukuran, to seek the mercy of Allah Subhanahu Wa Ta’ala for all personnel of the RBAF to be blessed with strong determination and the spirit to serve and fight in defending the country from elements that would undermine the faith and peace, especially in upholding all of the Titah of the monarch by abstaining from doing all of Allah Subhanahu Wa Ta’ala’s prohibitions, was read by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of JAMA’AT. This was followed by the mass Fardhu Isya’ prayers led by Imam Mohammad Khairol Azmi bin Haji Salleh.
His Royal Highness the Crown Prince then proceeded to the Officer’s Mess at Bolkiah Garrison for an evening banquet prior to the conclusion of the event.
To commemorate the services that have been poured into the development and improvement of RBAF up to its 62nd anniversary, former Deputy Ministers of Defence and former RBAF Commanders were also invited to this blessed and meaningful ceremony. Also in attendance were the Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Service Commanders, RBAF Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Commandants, Senior Officers from the Ministry of Defence and the RBAF.







DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH,
MENTERI KANAN DI JABATAN PERDANA MENTERI
BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA
SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-62
BOLKIAH GARISON, Selasa, 30 Mei 2023 – Tanggal 31 Mei merupakan tarikh penting dalam sejarah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bilamana pada 31 Mei 1961 ABDB ketika itu dikenali sebagai Askar Melayu Brunei (AMB) ditubuhkan secara rasminya. Pada tahun ini, Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun ABDB bagi memberkati dan mensyukuri kegenapan usia 62 Tahun ABDB telah diadakan secara serentak di seluruh surau-surau Kementerian Pertahanan dan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison pada lewat petang hari ini.
Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’ telah disemarakkan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Berangkat sama, paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; dan Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-An’am bermula ayat 81 hingga ayat 83 yang dibacakan oleh Soldadu Muhammad Zainul Arifin bin Haji Haminuddin dari Batalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang telah mewakili ABDB bagi Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-9 bagi Tentera Islam di Kerajaan Arab Saudi pada tahun 2022.
Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Imam Mohammad Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam Surau Ad-Difa’, dan diteruskan dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah, bacaan Surah Yaasin dan Tahlil.
Doa Kesyukuran bagi memohon rahmat dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar anggota ABDB dikurniakan keazaman yang kuat serta semangat untuk berbakti dan berjihad dalam mempertahankan negara daripada anasir-anasir yang boleh menggugat aqidah dan ketenteraman, khususnya dalam menjunjung segala titah perintah raja dengan menjauhi segala larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, telah dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pengarah JAMA’AT, ABDB. Ini diikuti dengan Sembahyang Fardhu Isya’ Berjemaah yang diimamkan oleh Imam Mohammad Khairol Azmi bin Haji Salleh.
Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berangkat ke Mes Pegawai, Bolkiah Garison bagi Majlis Santap sebelum majlis berakhir.
Bagi mengenang jasa bakti yang telah dicurahkan dalam perkembangan dan peningkatan ABDB sehingga usianya mencapai 62 tahun, para mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan dan mantan-mantan Pemerintah ABDB telah turut diundang ke majlis yang bersukut baik dan bermakna. Juga hadir pada majlis Doa Kesyukuran tersebut, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah-Pemerintah Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Pengarah-Pengarah; Komandan-Komandan; Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.