BOLKIAH GARRISON, Friday, 31 May 2019 – His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, today attended a thanksgiving ceremony to mark the 58th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The thanksgiving ceremony was held at Surau Ad-Difa’, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison. 

Upon arrival, His Royal Highness was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Second Minister of Defence; and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF.

The ceremony began with a recital of the Al-Qur’an, from Surah Sof verse 10 to 14 by Lieutenant Muhd Hadayatullah Sunazul Fikrar bin Suip (Al-Hafiz). This was followed by a mass reading of the Surah Yassin, Tahlil and Doa Kesyukuran led by Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa’.

His Royal Highness then received junjung ziarah from the congregants. This was followed by the signing of a commemorative parchment and a group photograph session. 

Also present at the ceremony were Service Commanders and Joint Force Commander; Deputy Permanent Secretaries; Directors; Commandants; and senior officers of the Ministry of Defence and RBAF; as well as other invited guests which included former Deputy Ministers of Defence and Commanders of RBAF. 

In addition, similar events were also held simultaneously in all suraus of the RBAF Garrisons and camps. 

The theme of the RBAF’s 58th Anniversary Celebration is “Bersama Menjayakan Wawasan Negara”, with the grand celebration to be held on 30th June 2019 at Bolkiah Garrison. 






DYTM PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-58

BOLKIAH GARISON, Juma’at, 31 Mei 2019 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-58. Majlis Doa Kesyukuran tersebut berlangsung di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Qur’an dari Surah Sof ayat 10 sehingga 14 yang dibacakan oleh Leftenan Muhd Hadayatullah Sunazul Fikrar bin Suip (Al-Hafiz). Majlis kemudian diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima junjung ziarah daripada mereka yang hadir. Ini diikuti dengan penandatanganan lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai.

Turut hadir ialah Pemerintah-pemerintah Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Pengarah-pengarah; Komandan-komandan; pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB; serta para jemputan khas termasuk mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah ABDB.

Di samping itu, majlis yang sama juga diadakan secara serentak di semua surau-surau garrison dan kem ABDB.

Tema Sambutan Hari Ulang Tahun yang ke-58 ialah ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’, dengan upacara kemuncak sambutan yang akan diadakan pada 30 Jun 2019 di Bolkiah Garison.