ISTANA NURUL IMAN, Thursday, 20 June 2024 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today received in audience His Excellency General Songwit Noonpackdee, Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces. The Audience Ceremony took place at Istana Nurul Iman.
Accompanying His Excellency were Her Excellency Boosara Kanchanalai, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Thailand to Brunei Darussalam and senior officials from the Royal Thai Armed Forces.
Meanwhile, in a separate audience, Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam also received in audience Mrs Panyada Noonpackdee, spouse of Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces.
Brunei Darussalam and the Kingdom of Thailand have established diplomatic relations since 1984, marking 40 years of bilateral relations between the two countries. The close relations between both countries have been further strengthened through various regional and international platforms such as ASEAN, the United Nations (UN) and the Asia Pacific Economic Cooperation (APEC). Defence and military activities conducted include courses, exchanges of visits, meetings and exercises,
as well as through multilateral platforms particularly under the ambit of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM).






KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP KETUA TURUS PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAILAND
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI BERKENAN MENERIMA MENGADAP ISTERI KETUA TURUS PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAILAND
ISTANA NURUL IMAN, Khamis, 20 Jun 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Jeneral Songwit Noonpackdee, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Menyertai Tuan Yang Terutama ialah Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam dan pegawai-pegawai kanan dari Angkatan Bersenjata Diraja Thailand.
Sementara itu, di ruang berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Puan Panyada Noonpackdee, isteri kepada Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand.
Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak tahun 1984, menandakan 40 tahun kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara. Hubungan erat di antara kedua-dua buah negara diperkukuhkan lagi dengan kerjasama melalui platform serantau dan antarabangsa seperti ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Aktiviti-aktiviti pertahanan dan ketenteraan yang dijalankan merangkumi kursus, pertukaran lawatan, mesyuarat dan eksesais, serta melalui platform pelbagai hala khususnya di bawah rangka Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).