ISTANA NURUL IMAN, Wednesday, 07 September 2022  His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today received in audience His Excellency General Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Chief of Defence Force of Indonesia (TNI).


Accompanying His Excellency were His Excellency Dr. Sujatmiko M.A., Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam; Major General TNI Agus Suhardi, Assistant to Chief of Defence Force of Indonesia for Operations; and Major General TNI Haryono, Assistant to Chief of Defence Force of Indonesia for Logistics.


Also present were Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence; and Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).


On 15 July 2022, during the Audience and Investiture Ceremony in conjunction with the 76th Birthday of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, His Majesty conferred The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang, First Class, DPKT which carries the title ‘Dato Paduka Seri’ to His Excellency General Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Chief of Defence Force of Indonesia (TNI) for his contribution as the Chief of Defence Force of Indonesia (TNI)  who has fostered close defence relations between RBAF and TNI.


Meanwhile in a separate audience, Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam received in audience Datin Hetty Andika Perkasa, spouse of the Chief of Defence Force of Indonesia (TNI).


Accompanying Datin Hetty Andika Perkasa were Sri Hariyani T.R. Sujatmiko, spouse of Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam; Shinta Candra Soehadji, spouse of Assistant to Chief of Defence Force of Indonesia for Operations; and Angela Nurrina Perkasa, daughter of Chief of Defence Force of Indonesia.  


Also present was Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, spouse of the Commander of RBAF.


Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia enjoy a close and longstanding bilateral defence cooperation through numerous engagements including visits, professional exchanges, exercises, training and courses. In the field of defence, both countries signed the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation on 10 April 2003.


His Excellency General Dato Paduka Seri Andika Perkasa and his delegation are in the country for a three-day official visit from 06 to 08 September 2022. 


The Audience Ceremonies took place at Istana Nurul Iman.







KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA 

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP PANGLIMA TENTARA NASIONAL INDONESIA
DAN 

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI BERKENAN MENERIMA MENGADAP ISTERI PANGLIMA TENTARA NASIONAL INDONESIA


ISTANA NURUL IMAN, Rabu, 7 September 2022 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Yang Terhormat Jeneral TNI Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI). 


Menyertai Yang Terhormat ialah Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko M.A., Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam; Mejar Jeneral TNI Agus Suhardi, Assistan Operasi Panglima TNI; dan Mejar Jeneral TNI Haryono, Assistan Logistik Panglima TNI. 


Juga hadir semasa Majlis Mengadap tersebut ialah Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan; dan Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).


Pada 15 Julai 2022, Semasa Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-76 Tahun di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam ‘Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.)’ kepada Yang Terhormat Jeneral TNI Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Panglima Tentara Nasional Indonesia atas sumbangan beliau sebagai Panglima TNI yang memupuk hubungan pertahanan yang erat di antara ABDB dan TNI.


Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Datin Hetty Andika Perkasa, isteri Panglima TNI.


Menyertai Datin Hetty Andika Perkasa ialah Puan Sri Hariyani T.R. Sujatmiko, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam; Puan Shinta Candra Soehadji, isteri Assistan Operasi Panglima TNI; dan Puan Angela Nurrina Perkasa, anak Panglima TNI.   


Juga hadir ialah Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, isteri Pemerintah ABDB.


Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia mempunyai hubungan pertahanan yang rapat dan sudah lama terjalin melalui berbagai perhubungan termasuk lawatan, pertukaran profesional, eksesais, latihan dan kursus. Dalam bidang pertahanan, kedua-dua buah negara telah memeterai Memorandam Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 10 April 2003.


Panglima TNI dan rombongan berada di negara ini bagi lawatan rasmi selama tiga hari bermula dari 06 hingga 08 September 2022. 


Majlis-Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.​