ISTANA NURUL IMAN, Monday, 26 March 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received in audience His Excellency General Qamar Javed Bajwa, Chief of Army Staff, Pakistan Army, at the Istana Nurul Iman on the occasion of His Excellency’s introductory visit to Negara Brunei Darussalam.

Accompanying His Excellency Chief of Army Staff, Pakistan Army during the Audience Ceremony were His Excellency Major General (Retired) Tariq Rashid Khan, High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Negara Brunei Darussalam; and Commodore Jawad Ahmed TI, Defence Adviser of Islamic Republic of Pakistan accredited to Brunei Darussalam.

Also present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence; and Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces.

In a separate audience, Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam consented to receive Mrs. Ayesha Bajwa, the spouse of the Chief of Army Staff, Pakistan Army.

Accompanying Mrs. Ayesha Bajwa at the audience ceremony were Mrs. Saffana Tariq, the Spouse of the High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Negara Brunei Darussalam; Mrs. Awatif Jawad, the Spouse of the Defence Adviser of Islamic Republic of Pakistan accredited to Brunei Darussalam; and Datin Dayang Hajah Rasidah binti Haji Brahim, the spouse of the Commander of RBAF.

Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan have enjoyed close and long-standing defence relations since the signing of a Memorandum of Understanding in Defence Cooperation on 19 May 2004. A delegation from the 47th Pakistan Navy Staff Course recently visited Negara Brunei Darussalam as part of their study tour from 5 to 9 March 2018. Both armed forces also benefited from a secondment programme of Pakistan military medical officers to the Royal Brunei Armed Forces. The bilateral defence relations between the two countries have been fostered through various interactions and programmes such as high-level visits, policy exchanges, trainings, courses and exercises.

The three-day official introductory visit, which started from 25 to 27 March 2018, is aimed to further enhance defence cooperation between the two Armed Forces.




KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN  NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP KETUA TURUS TENTERA DARAT PAKISTAN


Istana Nurul Iman, Isnin, 26hb Mac 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Jeneral Qamar Javed Bajwa, Ketua Turus Tentera Darat Pakistan di Istana Nurul Iman sempena lawatan pengenalan beliau ke Negara Brunei Darussalam.

Menyertai bersama Tuan Yang Terutama Ketua Turus Tentera Darat Pakistan semasa Majlis Mengadap tersebut ialah Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam; dan Commodore Jawad Ahmed TI, Penasihat Pertahanan Republik Islam Pakistan yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam.

Juga hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Puan Ayesha Bajwa, isteri kepada Ketua Turus Tentera Darat Pakistan.

Mengiringi Puan Ayesha Bajwa di Majlis Mengadap tersebut ialah Puan Saffana Tariq, Isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam; Puan Awatif Jawad, Isteri Penasihat Pertahanan Republik Islam Pakistan yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam; dan Datin Dayang Hajah Rasidah binti Haji Brahim, Isteri Pemerintah ABDB.

Hubungan pertahanan dan ketenteraan di antara kedua-dua negara telah terjalin sekian lama apabila Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertahanan telah ditandatangani pada 19 Mei 2004. Hubungan kerjasama ketenteraan meningkat dari masa ke semasa melalui pelbagai interaksi mahupun program ketenteraan seperti kunjungan Muhibbah di kalangan pegawai-pegawai peringkat tinggi, pertukaran dasar, latihan, kursus dan eksesais. Baru-baru ini satu rombongan Maktab Turus Tentera Laut Pakistan telah membuat lawatan sambil belajar ke Negara Brunei Darussalam pada 5 hingga 9 Mac 2018. Kedua-dua angkatan tentera juga meningkatkan perkembangan dan profesionalisme anggota melalui program peminjaman (secondment) pegawai-pegawai perubatan Angkatan Tentera Pakistan ke Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Lawatan pengenalan rasmi tiga hari Tuan Yang Terutama Jeneral Qamar Javed Bajwa bermula pada 25 hingga 27 Mac 2018 adalah bertujuan untuk meneruskan usaha pengukuhan kerjasama pertahanan dan ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan.