ISTANA NURUL IMAN, Tuesday 30 August 2016 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces received in audience Singapore’s Minister for Defence, His Excellency Dr. Ng Eng Hen.
During the audience at Istana Nurul Iman, His Majesty and the minister discussed bilateral defence relations and exchanged views on regional and international matters. His Excellency Dr. Ng Eng Hen is in Brunei Darussalam for an official visit commemorating the 40th anniversary of bilateral defence relation between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore.
Accompanying the minister were His Excellency Lim Hong Huai, Singapore’s High Commissioner to Brunei Darussalam; Lieutenant General Dato Paduka Seri Perry Lim, Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces; His Excellency Ng Chee Khern, Permanent Secretary (Defence Development) and Rear Admiral Lai Chung Han, Chief of Navy, Republic of Singapore Navy.
Also present were First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces and Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, the Permanent Secretary of Defence.


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENERIMA MENGADAP MENTERI PERTAHANAN SINGAPURA
ISTANA NURUL IMAN, Selasa 30 Ogos 2016 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen.
Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama telah berbincang mengenai hal-ehwal hubungan pertahanan dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa. Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi sempena memperingati ulang tahun ke-40 hubungan pertahanan dua hala Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.
Menyertai bersama Tuan Yang Terutama pada Majlis Mengadap itu ialah Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam; Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Perry Lim, Ketua Angkatan Tentera, Angkatan Bersenjata Singapura; Tuan Yang Terutama Ng Chee Khern, Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan) dan Laksamana Muda Lai Chung Han, Panglima Tentera Laut, Angkatan Tentera Laut Republik Singapura.
Turut hadir ialah Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; dan Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, Setiausaha Tetap Pertahanan.