ISTANA NURUL IMAN, Thursday, 1 November 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam this afternoon received in audience Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn, the Princess Royal of Thailand.
Accompanying Her Royal Highness was Mr. Rooge Thammongkol, Chargé d’Affaires of the Royal Thai Embassy in Brunei Darussalam.
Also present at the Audience Ceremony was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces.
Brunei Darussalam and the Kingdom of Thailand have enjoyed a warm and close bilateral relationship since the establishment of diplomatic relations of both countries in 1984. The bilateral relations have flourished over the years in various fields such as agriculture, trade and investment, tourism, education, which is also enhanced by continued exchanges of high level visits. In the defence field, the close and friendly nature of ties is evident through the regular bilateral interaction programmes and activities which serve to enhance mutual understanding and friendship among defence officials and the armed forces across all levels.
The Audience Ceremony was held at Istana Nurul Iman.

KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP HER ROYAL HIGHNESS PUTERI DIRAJA THAILAND
ISTANA NURUL IMAN, Khamis, 1 November 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini berkenan menerima mengadap Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn, the Princess Royal of Thailand.
Mengiringi Her Royal Highness ialah Tuan Rooge Thammongkol, Kuasausaha Sementara, Kedutaan Diraja Thai di Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand telah menikmati hubungan dua hala yang mesra dan rapat sejak penubuhan hubungan diplomatik kedua-dua buah negara pada tahun 1984. Hubungan dua hala tersebut telah berkembang sejak bertahun-tahun dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perdagangan dan pelaburan, pelancongan, dan pendidikan, di mana ianya juga dipertingkatkan dengan pertukaran lawatan-lawatan tahap tertinggi yang berterusan. Dalam bidang pertahanan pula, hubungan yang rapat dan mesra adalah jelas terjalin melalui program-program dan aktiviti-aktiviti interaksi dua hala yang berfungsi untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara pegawai pertahanan dan anggota tentera di semua peringkat.
Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.