ISTANA NURUL IMAN, Tuesday 30 January 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam; Minister of Defence; and the Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) consented to receive in audience His Excellency General Dato Paduka Seri Haji Gatot Nurmantyo, Tentara Nasional Indonesia (TNI) at the Istana Nurul Iman.
Present at the ceremony were Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces; Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of the Ministry of Defence; and Arko Hananto Budiadi, Charge d’Affaires, Embassy of the Republic of Indonesia in Brunei Darussalam.
His Excellency was conferred the title ‘The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang, First Class (D.P.K.T)’ in October 2015 in recognition of his contributions in fostering excellent defence ties between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Tentara Nasional Indonesia (TNI).
Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia enjoy close and longstanding defence relations where bilateral cooperation encompasses exchange visits, professional exchanges, trainings, courses and exercises. In November 2017, RBN had successfully conducted Exercise Helang Laut serial 18B/17 with Indonesian Navy. Additionally, there are several bilateral exercises which been planned to be conducted this year, namely Exercise Keris Satria between the Land Forces, Exercise Helang Laut between the Navies, and Exercise Latma Brunesia between the Air Forces. In the field of defence, the two countries signed the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation on 10 April 2003.




KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP PANGLIMA TENTARA NASIONAL INDONESIA
ISTANA NURUL IMAN, Selasa, 30 Januari 2018 –
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Menteri Pertahanan; dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menerima mengadap Yang Terhormat Jenderal Dato Paduka Seri Haji Gatot Nurmantyo, Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Istana Nurul Iman.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB; Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; dan Arko Hananto Budiadi, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam.
Yang Terhormat telah dikurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam ‘Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T)’ pada Oktober 2015 sebagai pengiktirafan sumbangan beliau dalam memupuk hubungan pertahanan yang erat di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia mempunyai hubungan pertahanan yang rapat dan sudah lama terjalin, di mana kerjasama dua hala merangkumi lawatan, pertukaran profesional, latihan, kursus dan eksesais. Eksesais Helang Laut 18B/17 merupakan eksesais yang terkini dijalankan di antara TLDB dan TNI-Angkatan Laut (AL) pada bulan November 2017 yang lalu bertempat di perairan Indonesia.
Pada tahun ini, ABDB dan TNI akan mengendalikan dan menjalankan beberapa eksesais dua hala bagi setiap unit di dalam angkatan tentera kedua-dua negara, iaitu Eksesais Keris Satria di antara Tentera Darat ABDB dan TNI, Eksesais Helang Laut di antara Tentera Laut ABDB dan TNI, serta Eksesais Latma Brunesia antara kedua-dua Tentera Udara. Dalam bidang pertahanan, kedua buah negara telah memeterai Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 10 April 2003.