ISTANA NURUL IMAN, Thursday, 22 November 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today received an audience from His Excellency General Ponpipaat Benyasri, Chief of Defence Force, Royal Thai Armed Forces, in conjunction with His Excellency’s introductory visit to Brunei Darussalam.    

Also present at the Audience Ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence; Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces; and Mr. Rooge Thammongkol, Chargé d’affaires of the Royal Thai Embassy in Brunei Darussalam.

In another part of Istana Nurul Iman, Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam received in audience Mrs. Chirapun Benyasri, the spouse of the Chief of Defence Force, Royal Thai Armed Forces.

Also present was Datin Dayang Hajah Rasidah binti Haji Ibrahim, the spouse of the Commander of the Royal Brunei Armed Forces.

Brunei Darussalam and the Kingdom of Thailand have enjoyed excellent and longstanding relations, with defence and military aspects as a hallmark of the countries’ bilateral ties. Brunei Darussalam recently hosted Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn of the Kingdom of Thailand, who was in the country on a two-day study visit from 31 October to 1 November 2018 with a group of fourth-year cadets from Chulachomklao Royal Military Academy of Thailand.

Both countries share extensive defence arrangements, where they interact regularly through numerous avenues, including exchange of visits, policy-level meetings, as well as military exchanges, exercises and courses between the Royal Brunei Armed Forces and the Royal Thai Armed Forces.

 




KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP KETUA TURUS PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAILAND


ISTANA NURUL IMAN, Khamis, 22 November 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Jeneral Ponpipaat Benyasri, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand sempena lawatan pengenalan Tuan Yang Terutama ke Negara Brunei Darussalam. 

Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; dan Yang Mulia Tuan Rooge Thammongkol, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Diraja Thai di Negara Brunei Darussalam.

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Puan Chirapun Benyasri, isteri kepada Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand.

Juga hadir ialah Datin Dayang Hajah Rasidah binti Haji Ibrahim, isteri kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand telah menikmati hubungan yang sangat baik dan lama terjalin, di mana aspek pertahanan dan ketenteraan adalah salah satu ciri utama dalam hubungan dua hala. Negara Brunei Darussalam telah menyambut Duli Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Kerajaan Thailand, semasa Duli Yang Teramat Mulia mengetuai lawatan selama dua hari ke negara ini pada 31 Oktober hingga 1 November 2018 bersama sekumpulan orang kadet Tahun Keempat dari Chulachomklao Royal Military Academy of Thailand. 

Kedua negara mempunyai pengaturan pertahanan yang luas, di mana kedua belah pihak berinteraksi secara kerap melalui pelbagai saluran kerjasama, termasuk pertukaran lawatan, mesyuarat berperingkat dasar, dan pertukaran, eksesais serta kursus ketenteraan di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand.