BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 31 May 2021 –
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today graced the Grand Parade of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Diamond Jubilee Celebration, which was held at the Taman Haji Sir Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office.

Upon arrival, His Majesty was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; and Major General (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF.

His Majesty then proceeded to the Royal Dais for the Royal Salute and subsequently inspected the parade contingents, consisting of 1,060 RBAF personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Special Forces Regiment (SFR), the Women Military Personnel and Royal Brunei Malay Reserve Regiment, under the command of 477 Lieutenant Colonel Mohd Rizal bin Haji Abdul Hadi. 

After the inspection, His Majesty witnessed the march-past before delivering His Titah. 

After “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” was called out three times, a Doa Selamat was then recited by the Head of RBAF Religious Department, Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN. 

At the end of the Grand Parade, His Majesty once again received the Royal Salute, which was followed by the National Anthem and a fly-past by RBAirF aircrafts, led by His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen.

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family then proceeded to view the exhibition of major assets, located at the car park area of the Brunei Arts and Handicraft Training Centre, and followed by the Military Capability Exhibition inside the building.

At the Brunei Arts and Handicraft Training Centre, His Majesty and members of the Royal Family launched the 4th Defence White Paper, and followed by the viewing of the Memorabilia Exhibition consisting of the RBAF Diamond Jubilee Special Stamp, Medal and Commemorative Book. His Majesty and members of the Royal Family then toured the Defence Cyber Unit Exhibition, where His Majesty was briefed on the unit and its responsibilities. 

His Majesty then proceeded to the Serambi Batil Hall, Tarindak D’Seni for a Get-Together Ceremony (Majlis Ramah Mesra) with the former First Intake of Askar Melayu Brunei and the First to Third Intakes of the Women Military Personnel and the former Boys Wing RBAF. His Majesty and members of the Royal Family also joined the pioneers of the Askar Melayu Brunei for a group photograph session.

His Majesty and members of the Royal Family were then invited to the Serambi Suluh Hall, Tarindak D’Seni for a luncheon. 

Prior to the luncheon, His Majesty consented to a cake-cutting ceremony for the RBAF Diamond Jubilee and received a pasambah from the RBAF officers and other rank in files. Meanwhile a Doa Selamat was read by the Head of RBAF Religious Department, Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.

His Majesty then signed the Royal Parchment, and subsequently was introduced to officers and personnel who have represented the RBAF in the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), International Monitoring Team (IMT), Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring, and Assistance Team (IDB VMAT), as well as with international participants attending the 16th Executive Development Programme and the 11th RBAF Command and Staff Course.

At the end of the ceremony, His Majesty and members of the Royal Family were invited for a group photograph with members of the Defence Executive Committee, former Deputy Ministers of Defence and former RBAF Commanders, Service Commanders and Joint Force Commander.

This year’s theme of ‘Together in Accomplishing the National Vision’ underscores the continuous commitment of the RBAF, as the key security institution, in contributing to the nation’s progress and development by ensuring a safe and peaceful environment through the steady provision of defence and security.  




KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT KE UPACARA KEMUNCAK PERBARISAN SAMBUTAN JUBLI INTAN ABDB 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Mei 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksasa Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Taman Haji Sir Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. 

Mengiringi Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua (II); dan Mejar Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung beredar ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Pasukan-pasukan Perbarisan seramai 1,060 orang anggota ABDB yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Rejimen Pasukan Khas (RPK) ABDB, Pasukan Askar Wanita dan Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei, di bawah perintah 477 Leftenan Kolonel Mohd Rizal bin Haji Abdul Hadi. 

Setelah memeriksa perbarisan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyaksikan perbarisan lalu dan seterusnya mengurniakan Titah Perutusan Khas. 

Setelah sembah ”Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” dilaungkan sebanyak tiga kali, doa selamat dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB, Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB. 

Di akhir upacara perbarisan raksasa ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sekali lagi disembahkan Tabik Hormat Diraja, diiringi dengan Lagu Kebangsaan serta terbang lalu pesawat-pesawat TUDB yang diketuai oleh paduka anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta ahli-ahli Kerabat Diraja kemudiannya dijunjung berangkat menyaksikan Pameran Aset Besar yang terletak di kawasan letak kereta Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, diikuti dengan Pameran Keupayaan Tentera daripada TDDB, TLDB dan TUDB di dalam bangunan tersebut. 

Semasa di dalam Bangunan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta ahli-ahli Kerabat Diraja berkenan untuk melancarkan Buku Kertas Putih Pertahanan keempat. Ini diikuti dengan menyaksikan Pameran Memorabilia yang terdiri daripada Setem Keluaran Khas, Pingat dan Buku sempena Sambutan Jubli Intan ABDB dan seterusnya ke Pameran Unit Pertahanan Siber (UPS), di mana Baginda disembahkan taklimat mengenai UPS serta tanggungjawab unit berkenaan.

Baginda seterusnya dijunjung berangkat ke Dewan Serambi Batil, Tarindak D’Seni bagi Majlis Ramah Mesra bersama Pesara Tentera Pengambilan Pertama serta Pesara Tentera Askar Wanita dan Askar Muda Pengambilan-pengambilan Pertama hingga Ketiga. Baginda serta ahli-ahli Kerabat Diraja juga berkenan untuk bergambar kenangan bersama anggota-anggota Pengambilan Pertama Askar Melayu Brunei. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan ahli-ahli Kerabat Diraja kemudiannya dijunjung berangkat ke Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’Seni bagi Majlis Santap Tengah Hari.

Sebelum Majlis Santap bermula, Baginda berkenan memotong kek Sambutan Jubli Intan ABDB dan menerima pasambah daripada pegawai-pegawai dan lain-lain peringkat ABDB. Manakala Doa selamat dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB, Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB. 

Baginda seterusnya dijunjung untuk menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan dan diikuti dengan sembah kenal kepada anggota-anggota ABDB yang telah menyertai United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), International Monitoring Team (IMT), Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring, and Assistance Team (IDB VMAT), serta peserta-peserta dari luar negara yang mengikuti Program Perkembangan Eksekutif kali ke-16 dan Kursus Maktab Turus ABDB ke-11.  

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai kenangan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Mantan-Mantan Timbalan Menteri Pertahanan, Mantan-Mantan Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama.

Tema sambutan pada tahun ini iaitu ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’, menggariskan komitmen ABDB yang berterusan, sebagai tonggak pertahanan dan keselamatan negara dengan memastikan persekitaran yang aman dan damai melalui pertahanan secara holistik serta sekuriti yang jitu.