BOLKIAH GARRISON, Sunday, 30tJune 2019 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today graced the Grand Parade for the 58th RBAF Anniversary Celebration at the Mini Stadium in Bolkiah Garrison.
Upon arrival at the parade ground, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was received by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Second Minister of Defence; and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.
Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; and His Royal Highness 920 Captain (U) Prince ‘Abdul Mateen.
His Majesty then proceeded to the Dais for the Royal Salute and afterwards, inspected the parade contingents consisting of 1,058 RBAF personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF); Royal Brunei Navy (RBN); Royal Brunei Air Force (RBAirF); Training Institute RBAF (TI RBAF); the Special Forces Regiment (SFR); and Women Military Personnel led by 632 Lieutenant Colonel Amirul Adly bin Haji Ali as the Parade Commander. After the inspection, His Majesty delivered a Titah.
Afterwards, a prayer to bless the event was read by the Head of RBAF Religious Department, Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN. His Majesty then once again received the Royal Salute followed by a fly-past by RBAirF’s aircrafts.
His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam proceeded to witness the arena performance which showcased the Special Forces Regiment capability demonstrating direct vehicle ambush and interdiction.
This was followed by the consent of His Majesty to award the honorary membership in the Special Forces Regiment to His Royal Highness 920 Captain (U) Prince ‘Abdul Mateen.
His Majesty was then ushered to view the static exhibitions of the different units under the Ministry of Defence and RBAF, including the new installation of the RBAF Recruitment Office.
His Majesty then proceeded to the Bolkiah Garrison Officers’ Mess where His Majesty consented to a group photograph session with members of the Defence Executive Committee; Service Commanders; RBAF Chief of Staff; RBAF Head of Inspectorate; former Deputy Ministers of Defence; former Commanders of RBAF; military and civilian directors as well as Commandants.
Afterwards, His Majesty was presented with a
pesambah from the RBAF officers in the form of an abstract art called Difa’ Al-Amni which translates to ‘Maintaining Peace’, and two pesambah from the RBAF Senior and Junior Non-Commissioned Officers, a Garmin D2 Delta Px Pilot watch and a Garmin Foretex 701 Ballistic Edition Military-Grade GPS Navigator which were inspired by operational futuristic technologies.
His Majesty then signed the Royal Parchment and consented to a cake-cutting ceremony for the 58th RBAF Anniversary, followed by a Luncheon. The ceremony concluded with
junjung ziarah with the RBAF officers and also, former RBAF officers and personnel.This year’s theme ‘Together in Accomplishing the National Vision’ underlines the continuous commitment of the RBAF, as the key security institution, in contributing to the nation’s progress and development by ensuring a safe and peaceful environment through the steady provision of defence and security.
This event, traditionally held every 31st May, was brought to a later date out of respect for the holy month of Ramadhan.



















KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT KE UPACARA PERBARISAN RAKSAKSA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-58
BOLKIAH GARISON, Ahad 30 Jun 2019
– Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksaksa Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB Ke-58 Tahun di Mini Stadium, Bolkiah Garison.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di padang kawad dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Sejurus ketibaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung beredar ke Pentas Khas untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa barisan Pasukan-Pasukan Perbarisan Raksaksa seramai 1,058 orang anggota ABDB yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB); Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB); Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB); Institut Latihan (IL) ABDB; Rejimen Pasukan Khas (RPK) ABDB; dan Pasukan Askar Wanita di bawah Pemerintah Perbarisan, 632 Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali. Setelah memeriksa perbarisan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian berkenan mengurniakan Titah.
Doa selamat dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB, Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB. Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sekali lagi disembahkan Tabik Hormat Diraja dan diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat TUDB.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menyaksikan persembahan arena yang menunjukkan keupayaan demonstrasi
direct vehicle ambush and interdiction dari Rejimen Pasukan Khas ABDB.
Acara seterusnya diikuti dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyempurnakan penyampaian penganugerahan warga kehormat Rejimen Pasukan Khas kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung melawat ke pameran-pameran statik dari unit-unit Kementerian Pertahanan dan ABDB, termasuk bangunan baru Pejabat Pengambilan ABDB.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung ke Mes Pegawai Bolkiah Garison bagi bergambar kenangan bersama ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan; Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera; Ketua Staf ABDB; Ketua Inspektorat ABDB; Mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan; Mantan-mantan Pemerintah ABDB; Pengarah-pengarah Tentera dan Awam; serta Komandan-komandan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima pesambah daripada para pegawai ABDB yang berupa seni abstrak di mana ianya diberi nama Difa’ Al-Amni yang bermaksud mempertahankan keamanan, serta menerima dua pesambah daripada Pegawai Tidak Betauliah (PTB) Kanan dan Rendah ABDB yang berupa jam
Garmin D2 Delta Px Pilot dan
Garmin Foretex 701 Ballistic Edition Military-Grade GPS Navigator yang diinspirasikan dari teknologi operasional yang futuristik.
Baginda seterusnya menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan dan juga memotong kek Hari Ulang Tahun ABDB ke-58, dan seterusnya dijunjung menikmati Majlis Santap Tengahari. Majlis diakhiri dengan junjung ziarah dengan anggota-anggota ABDB yang sedang berkhidmat dan juga mantan pegawai-pegawai dan bekas anggota-anggota ABDB.
Tema sambutan pada tahun ini ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’ menggariskan komitmen ABDB yang berterusan, sebagai tonggak pertahanan dan keselamatan negara, dalam mendokong kemajuan dan pembangunan negara secara holistik, dengan memastikan persekitaran yang aman dan damai melalui pertahanan dan sekuriti yang jitu.
Acara ini, yang secara tradisinya diadakan pada setiap 31 Mei, telah ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan.