BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 29 August 2026 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has graciously consented to bestow the State Honorary Decorations of Brunei Darussalam to officers of the Ministry of Defence in conjunction with His Majesty’s 80th Birthday.
The Investiture Ceremony took place at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. Also in attendance were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik, Minister at the Prime Minister’s Office; and His Royal Highness 920 Lieutenant Colonel (Udara) Prince ‘Abdul Mateen, Minister of Foreign Affairs.
The State Decorations awarded were the Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.) to Captain Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, and Captain Nor Ariwwin bin Mohd Ali, RBN, and the Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.) to Commander Shahairil bin Haji Mohd Shahlan, RBN and Lieutenant Commander Haji Abdul Hafiz Mubarak bin Haji Rusli, RBN.
Also present at the ceremony were Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Cabinet Ministers, Members of Council, Deputy Ministers, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Ambassadors, High Commissioners, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and Head of Departments.



KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN YANG DI–PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGURNIAKAN BINTANG KEBESARAN NEGARA KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN PERTAHANAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Ogos 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada pegawai daripada Kementerian Pertahanan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-80 tahun.
Istiadat Pengurniaan tersebut telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
Bintang-Bintang Kebesaran Negara yang di kurniakan adalah Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.) kepada Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB, dan Kepten Nor Ariwwin bin Mohd Ali, TLDB, dan the Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.) kepada Komander Shahairil bin Haji Mohd Shahlan, TLDB, dan Leftenan Komander Haji Abdul Hafiz Mubarak bin Haji Rusli, TLDB.
Turut hadir di Istiadat Pengurniaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Menteri–Menteri Kabinet, Ahli–ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan–timbalan Menteri, Pengiran–Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Duta–duta Besar, Pesuruhjaya–pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha–setiausaha Tetap, Timbalan–timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua–ketua Jabatan.