TANAH JAMBU, Thursday, 31 August 2017 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) consented to grace the Sovereign’s Parade Ceremony for the 16th intake of officer cadets, held at the Parade Square of the Defence Academy RBAF in Kampung Tanah Jambu.
The arrival of His Majesty was greeted by the Commander of the RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah and the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN.
Shortly after arrival, His Majesty consented to receive the Royal Salute and inspected the Guard of Honour Parade commanded by 928 Lieutenant Junior Grade Muhd Adib Izzuddin bin Haji Ramli, RBN. The Guard of Honour then proceeded to perform a march-past.
Following that, His Majesty consented to deliver the Titah, in which His Majesty proclaimed that this year’s Sovereign Parade was made all the more meaningful as the nation will soon celebrate Hari Raya Aidil Adha, also known as Hari Raya Korban. The significance of the celebration reinforces the essence of the Officer Cadet School that strives to inculcate officers with the core values of dedication and sacrifice. His Majesty also commended the officers of the Defence Academy RBAF, colour sergeants and trainers whom have dedicated themselves and worked tirelessly in guiding the officer cadets.
His Majesty also announced for the very first time that the training cycle for officer cadets will be consolidated from two sessions each year to one session as a step towards a more effective curriculum.
After the Titah, His Majesty then conferred awards to officer cadets whom performed admirably and exceptionally in various fields throughout the course.
Receiving the Sword of Honour award was 51829 Officer Cadet Daniel bin Tanggiling, who holds a Bachelor of Arts (Hons) in Environmental Studies from the University of Brunei Darussalam. The Sword of Honour is the highest award bestowed by His Majesty to an officer cadet which signifies the pillar of utmost brilliance for the officer cadet who has the highest achievements in basic military training, academic, physical and in all aspects of training.
His Majesty then consented to present the Best Academic Award to 51836 Officer Cadet Fadhil bin Colonel (Retired) Dato Paduka Haji Joharie, who holds a Bachelor of Arts (Hons) in Professional Communication and New Media from the University of Brunei Darussalam. He received the award based on the overall progressive academic results throughout the course.
The Best Military Skills Award was granted to 51841 Officer Cadet Muhd Zulfadli Hayat bin Shamsul Hayat who holds a Higher National Diploma (HND) in Hospitality Management, Laksamana College of Business, Brunei Darussalam. The conferment of this award is based on his excellent achievements in all areas of military skills.
Meanwhile, the Best in Physical Training Award was presented to 51826 Officer Cadet Abdul Hakim bin Haji Shahrum, who holds a Bachelor of Science (Hons) in Information Technology International Graduate Studies College, Brunei Darussalam. The award recognises the excellent performance of the officer cadet in physical training.
A total of 32 officer cadets (17 male and 15 female) were commissioned today in which 22 officer cadets were commissioned as Royal Brunei Land Force officers and 10 officer cadets as Royal Brunei Navy officers.
The ceremony continued with three chants of ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ from the Guard of Honour parade followed by a doa read by the Head of RBAF Religious Department (JA’MAAT), Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.
The ceremony further continued with a “Junjung Ziarah” from the newly commissioned officer cadets with their families. His Majesty also consented to receive a pesambah entitled “Nur Al-Haq” which means ‘Light of Defence’.
His Majesty also consented to sign a commemorative Royal Parchment and the newly commissioned Officer Cadet Book of Journey. Prior to leaving the ceremony, His Majesty consented to receive another “Junjung Ziarah” from instructors and officers of the Officer Cadet School including military officers from friendly countries. The event then concluded with a group photo session.
The Sovereign’s Parade is the culmination of the RBAF Officer Cadet School’s prestigious intensive military training towards equipping newly commissioned officers with knowledge, faith, discipline, professionalism and leadership skills. The 52-week Officer Cadet Training Course of the 16th Intake began on 9 September 2016 which involved a variety of exercises and military activities dedicated to improving the quality of leadership, character and intellect as required for every RBAF officer.




KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT KE UPACARA SOVEREIGN’S PARADE PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-16
TANAH JAMBU, Khamis, 31 Ogos 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Upacara Sovereign’s Parade bagi pegawai kadet pengambilan ke 16 di Padang Kawad Akademi Pertahanan (AP) ABDB di Kampung Tanah Jambu.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.
Sejurus keberangkatan, Baginda berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Pasukan Perbarisan di bawah perintah Pegawai Perbarisan, 928 Leftenan Madya Muhd Adib Izzuddin bin Haji Ramli, TLDB. Acara kemudian disusuli dengan perbarisan berjalan lalu.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya menggariskan bahawa upacara Sovereign’s Parade pada kali ini adalah lebih bermakna, memandangkan ianya berlangsung dalam suasana menjelang sambutan Hari Raya Aidil Adha, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Ini memperkukuhkan lagi konsep dan objektif Sekolah Pegawai Kadet untuk melahirkan pegawai-pegawai yang memahami dan mendalami erti pengorbanan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai Akademi Pertahanan ABDB dan colour sergeants serta semua jurulatih yang telah berusaha dengan gigih dalam melatih dan membimbing pegawai-pegawai kadet.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya bertitah bahawa pengendalian latihan dan pengambilan pegawai-pegawai kadet, Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan ABDB akan berubah daripada dua sesi pengendalian latihan setiap tahun kepada satu sesi pengendalian latihan bagi mempertingkatkan keberkesanan latihan-latihan pegawai kadet.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan mengurniakan anugerah-anugerah bagi Pegawai Kadet Terbaik di setiap jurusan bagi Pengambilan ke-16 Sekolah Pegawai Kadet AP ABDB.
Mendahului pengurniaan anugerah ialah Anugerah Pedang Kehormatan kepada 51829 Pegawai Kadet Daniel bin Tanggiling, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Pengajian Alam Sekitar dari Universiti Brunei Darussalam. Anugerah Pedang Kehormatan merupakan anugerah penghormatan tertinggi kepada pegawai kadet yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan merupakan simbol kecemerlangan terbaik secara keseluruhan bagi pegawai kadet yang mempunyai pencapaian tertinggi di dalam latihan asas ketenteraan, akademik dan fizikal dalam semua aspek.
Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Akademik kepada 51836 Pegawai Kadet Fadhil bin Kolonel (B) Dato Paduka Haji Joharie berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi dan Media Baru dari Universiti Brunei Darussalam. Pegawai Kadet Fadhil menerima anugerah tersebut berdasarkan kepada keputusan keseluruhan akademik yang progresif di sepanjang latihan kursus diadakan.
Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera dikurniakan kepada 51841 Pegawai Kadet Muhamad Zulfadli Hayat bin Shamsul Hayat berkelulusan Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam Pengurusan Hospitaliti, Kolej Perniagaan Laksamana, Negara Brunei Darussalam. Pengurniaan anugerah ini adalah berdasarkan kejayaan beliau mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran Kemahiran Tentera.
Manakala Pemenang Anugerah Terbaik Ketahanan Latihan Jasmani ialah 51826 Pegawai Kadet Abdul Hakim bin Haji Shahrum, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Teknologi Maklumat, Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS), Negara Brunei Darussalam. Anugerah ini merupakan pengiktirafan berdasarkan pencapaian cemerlang pegawai kadet dalam latihan jasmani.
Seramai 32 (17 lelaki dan 15 wanita) orang pegawai kadet telah ditauliahkan hari ini, yang mana 22 orang pegawai kadet ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Darat Diraja Brunei dan 10 orang pegawai kadet ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Laut Diraja Brunei.
Upacara diteruskan dengan tiga kali laungan ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ dari pasukan perbarisan diikuti dengan bacaan doa oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.
Seterusnya, upacara diteruskan dengan Majlis Junjung Ziarah dari pegawai-pegawai kadet yang baru ditauliahkan beserta keluarga. Baginda juga berkenan menerima pesambah bertemakan “Nur Al-Haq” yang membawa maksud ‘Cahaya Pertahanan’.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan dan Buku Perjalanan Pegawai Kadet yang baru ditauliahkan. Baginda juga berkenan menerima junjung ziarah dari jurulatih-jurulatih dan pegawai-pegawai Sekolah Pegawai Kadet termasuk beberapa pegawai tentera dari negara-negara sahabat sebelum dijunjung bagi sesi bergambar ramai.
Upacara Sovereign’s Parade adalah kemuncak latihan ketenteraan intensif yang berprestij bagi Sekolah Pegawai Kadet ABDB dalam melengkapkan pegawai yang baru ditauliahkan dengan ilmu pengetahuan, kepercayaan, disiplin, profesionalisme dan kemahiran kepimpinan. Kursus Pegawai Kadet Pengambilan ke-16 selama 52 minggu ini telah bermula pada 9 September 2016 yang melibatkan pelbagai latihan dan aktiviti ketenteraan khusus untuk meningkatkan kualiti kepimpinan, perwatakan dan intelek sepertimana yang dikehendaki bagi setiap pegawai ABDB.