PENANJONG GARRISON, Sunday, 1 July 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) consented to grace the Grand Parade for the 57th RBAF anniversary celebrations at Penanjong Garrison today.  

Also in attendance were His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and General of the RBAF, as well as His Royal Highness 920 Captain (Udara) Prince ‘Abdul Mateen. 


Receiving His Majesty and His Royal Highness at the parade ground was the Minister of Defence II, The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, and the Commander of the RBAF, Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.


Upon arrival, His Majesty received the royal salute and inspected the parade contingents featuring a total of 1,157 RBAF personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Training Institute RBAF (TI RBAF), the Special Force Regiment (SFR), Women Military Personnel, and RBAF Band led by the Parade Commander, Lieutenant Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud.


His Majesty consented to deliver a Titah on the 57th RBAF anniversary celebration. Following the royal address, the event was blessed with a recitation of prayers, read by the Head of RBAF Religious Department, Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN. His Majesty then once again received the royal salute followed by an aerial fly-past by RBAirF aircraft. 

The celebration also featured various static exhibitions from the different units under the Ministry of Defence and RBAF, which His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince consented to visit. His Majesty and His Royal Highness also joined former RBAF officers and personnel in an interactive session before viewing the arena performance at the Penanjong Garrison Mini Stadium. 

His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince also paid a visit to the Warrant Officer/Staff Sergeant/Sergeant Mess and were presented with a ‘pesambah’, a Prismatic Compass used for navigation and surveying purposes, from the RBAF Senior Non-Commissioned Officers. Such compasses are still used as a tool by the RBAF during training and operations.

His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince then proceeded to the Dining Hall in the Penanjong Garrison and took the time to meet with the RBAF Junior Non-Commissioned Officers. A ‘pesambah’ was presented to His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince in the form of a Stargazer, an astro-navigator tool used by sailors in the past to determine their position at sea or on land. 

Subsequently, a celebratory luncheon was held at the Penanjong Garrison’s Officers’ Mess, during which His Majesty awarded the Air Wing Badge to His Royal Highness 920 Captain (Udara) Prince ‘Abdul Mateen. A cake-cutting ceremony to commemorate the 57th RBAF Anniversary was also held. The RBAF officers also had the honour to present a drone to His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince as the ‘pesambah’.

The ceremony concluded with signing of the royal parchment and a group photograph session with members of the Defence Executive Committee, Service Commanders, Commandants, former Deputy Ministers of Defence, former Commanders of RBAF, as well as, military and civilian directors and heads of unit. 

This year’s theme ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’ underlines the continuous commitment of the RBAF, as a key security institution, in contributing to the nation’s progress and development by ensuring a safe and secure environment.

This event, traditionally held every 31 May, was postponed to a later date out of respect for the holy month of Ramadhan.












KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BERKENAN BERANGKAT KE 
UPACARA PERBARISAN RAKSASA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-57


PENANJONG GARISON, Ahad, 1 Julai 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksasa Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB ke-57 tahun di Penanjong Garison pada hari ini. 

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB bersama Duli Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia di padang kawad dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan berangkat memeriksa pasukan-pasukan perbarisan seramai 1,157 anggota ABDB terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan (IL) ABDB, Rejimen Pasukan Khas (RPK) ABDB, Pasukan Askar Wanita, dan Pasukan Pancaragam di bawah Pemerintah Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud.  

Setelah memeriksa perbarisan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan untuk menyampaikan Titah. Bagi memberkati upacara, doa selamat dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB, Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB. Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sekali lagi disembahkan Tabik Hormat Diraja, diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat TUDB. 

Sambutan HUT juga menampilkan pelbagai pameran statik daripada unit-unit Kementerian Pertahanan dan ABDB, yang mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota seterusnya dijunjung berangkat ke Dewan Gerak Badan bagi Majlis Beramah Mesra Bersama Pasukan Perajurit-Perajurit dan Bekas Anggota ABDB sebelum berangkat ke Mini Stadium Penanjong Garison bagi menyaksikan Persembahan Arena.  

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menjunjung berangkat ke Mes Pegawai Waran/ Staf Sarjan / Sarjan bagi menerima junjung ziarah dan pesambah daripada Pegawai Tidak Betauliah (PTB) Kanan yang berupa Kompas Prisma (Prismatic Compass), sejenis alat digunakan untuk tujuan navigasi dan ukur. Kompas seperti ini masih digunakan sebagai alat kelengkapan setiap anggota ABDB semasa latihan dan operasi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia seterusnya dijunjung berangkat ke Dewan Makan Penanjong Garison dan berkenan menerima junjung ziarah dan pesambah daripada Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah berupa ‘Stargazer’ yang merupakan sejenis alat astro-navigator yang digunakan oleh pelayar-pelayar pada zaman dahulu untuk menentukan kedudukan di laut ataupun di darat.

Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia kemudian dijunjung ke Mes Pegawai Penanjong Garison bagi majlis santap tengahari, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan untuk mengurniakan Lencana Penerbangan kepada anakanda Baginda, Duli Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. Satu upacara memotong kek bagi menyambut HUT ABDB ke-57 juga diadakan. Para pegawai ABDB juga menyembahkan satu alat drone sebagai pesambah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia. 

Majlis diakhiri dengan menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan dan bergambar kenangan bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan, Mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan, Mantan-mantan Pemerintah ABDB, serta pengarah-pengarah awam dan tentera serta ketua-ketua unit.

Tema sambutan pada tahun ini ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’ menggariskan komitmen ABDB yang berterusan, sebagai tonggak pertahanan dan keselamatan negara, dalam mendokong kemajuan dan pembangunan negara secara holistik, dengan memastikan persekitaran yang aman damai. 

Acara ini, yang secara tradisinya diadakan pada setiap 31 Mei, telah ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan.