
BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 26 July 2023 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to bestow Brunei Darussalam State Honorary Decorations to 54 civilian and military officers and personnel of the Ministry of Defence in conjunction with His Majesty’s 77th Birthday celebration.
The Investiture Ceremony took place this afternoon at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. Also attending was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik; His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen and
His Royal Highness Prince Haji Sufri Bolkiah.
The State Decorations awarded were the Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.) to 8 recipients and Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.) to 46 recipients of the Ministry of Defence. Among those who received the State Decorations were 6 retired military officers and the Ministry of Defence personnel.
Present at the event were Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Cabinet Ministers, Members of Council, Deputy Ministers, Pengiran – Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Ambassadors, High Commissioners, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and Head of Departments.






KDYMM KURNIA BINTANG KEBESARAN NEGARA KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA KEMENTERIAN PERTAHANAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Julai 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 54 orang pegawai dan anggota awam dan tentera Kementerian Pertahanan sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-77 Tahun.
Istiadat Pengurniaan telah berlangsung pada petang ini di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.
Bintang-Bintang Kebesaran Negara yang di kurniakan adalah Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B) kepada 8 orang penerima dan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.) kepada 46 orang penerima. Antara penerima-penerima Bintang-Bintang Kebesaran Negara adalah 6 orang pegawai dan anggota tentera Kementerian Pertahanan yang telah bersara.
Turut hadir di Istiadat Pengurniaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Menteri–Menteri Kabinet, Ahli–ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan–timbalan Menteri, Pengiran–Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Duta–duta Besar, Pesuruhjaya–pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha–setiausaha Tetap, Timbalan–timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua–ketua Jabatan.