PENANJONG GARRISON, Monday 4 November 2013 – On Monday 29 Muharram 1434 corresponding with 4 November 2013, In the Name of Allah Subhannahu Wata’ala and the consent decree by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces, has consented to award His Royal Highness Prince General Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah , Senior Minister at the Prime Minister, General of the Royal Brunei Armed Forces with the Honorary Member of the Special Forces Regiment, Royal Brunei Armed Forces .
The Honorary Member of Special Force Regiment, Royal Brunei Armed Forces ceremony was held at the Binturan Shooting Range Complex, Penanjong Garrison .
The Honorary Member of Special Forces Regiment, Royal Brunei Armed Forces was consented on His Royal Highness Prince General Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah for the role, leadership and contributions of His Royal Highness towards the development of the Royal Brunei Armed Forces since His Royal Highness was bestowed the rank of General of the Royal Brunei Armed Forces on 25 March 2004 by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces.
As a General of the Royal Brunei Armed Forces, apart from consistently aware of current trends and welfare matters of members of the Royal Brunei Armed Forces, His Royal Highness also play an important role in enhancing the image and profile of the Royal Brunei Armed Forces through His Royal Highness visits to military and defence institutions overseas and also receiving audiences from foreign military and defence senior officers from overseas to Brunei Darussalam.
This role supports the efforts of the Defence Diplomacy between Brunei Darussalam and neighboring countries from around the world. His Royal Highness is a leader who is committed to uphold the integrity, wise and sovereign leadership of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, particularly in the field of defence.




UPACARA PENGANUGERAHAN WARGA KEHORMAT REJIMEN PASUKAN KHAS ABDB KEPADA DYTM PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA , JENERAL ABDB
PENANJONG GARISON, Isnin 4 November 2013
– Pada hari Isnin 29 Zulhijjah 1434 bersamaan 4 November 2013, dengan
izin Allah Subhannahu Wata’ala dan atas titah perkenan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul
Khairi Waddien, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’ izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri,
Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah diperkenankan untuk
dianugerahkan Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei.
Upacara
penganugerahan Warga Kehormat Rejiman Khas Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei telah berlangsung di Kompleks Padang Tembak Binturan, Penanjong
Garison.
Anugerah
Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
yang diperkenankan keatas Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah adalah
merupakan penganugerahan diatas peranan, kepimpinan serta sumbangan Duli
Yang Teramat Mulia kepada perkembangan Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei semenjak Duli Yang Teramat Mulia dikurniakan pangkat Jeneral
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 25 Mac 2004 oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa‘adul Khairi Waddien, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Sebagai
Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, selain dari sentiasa peka
dengan perkembangan semasa dan hal-hal kebajikan anggota-anggota
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Duli Yang Teramat Mulia juga
memainkan peranan penting dalam meningkatkan imej serta profil Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei melalui keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia
ke institusi-institusi tentera dan pertahanan di luar negara dan juga
menerima kunjungan hormat pegawai-pegawai kanan tentera dan pertahanan
dari luar negara ke Negara Brunei Darussalam.
Peranan
ini telah mendukung usaha-usaha Diplomasi Pertahanan di antara Negara
Brunei Darussalam dengan negara-negara sahabat dari seluruh dunia. Duli
Yang Teramat Mulia adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan komited
dalam mendukung kepimipinan bijaksana lagi berdaulat Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya
dalam bidang pertahanan.