BERAKAS GARRISON, Friday 22 May 2015 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) consented to attend RBAF’s Regimental Dinner to mark RBAF 54th Anniversary.

The event took place at Berakas Garrison Officer’s Mess.

His Majesty was accompanied by His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and General of the RBAF.

Upon arrival, His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince was welcomed by the Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat and RBAF Commander, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

His Majesty was welcome to a Fanfare as he walked into position for the national anthem recital.

His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince then consented to a group photo with the Senior Officers of the Ministry of Defence and RBAF. This was followed by the introduction of the RBAF new uniform by the RBAF Commander.

His Majesty was later introduced to Lieutenant Colonel Dr Muhd Hiza Wardy bin Haji Abd Halim who led the OPERASI KUKRI team in huminatarian relief assitance to Nepal last April.

After the trumpet was played, Warrant Mess Officer reported that the Regimental Dinner will commence. His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince were then ushered to the dining hall and was accompanied by orchestral entertainment from the RBAF band.

Doa Selamat was read by Captain Ariffin bin Amit, Assistant Head of Religious Department RBAF (JA’MAAT).

After the Regimental Dinner, His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince were invited to lead in orchestrating the RBAF Band.

Prior to departure, His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince receives the Junjung Ziarah from Senior Officers and officers of the Ministry of Defence and RBAF.

Once again the national anthem was played, followed by His Majesty and His Royal Highness the Crown Prince consented to sign the Royal Parchment in commemoration of the occasion.

















KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BERANGKAT KE MAJLIS SANTAP MALAM BERADAT ABDB


BERAKAS GARISON, Jumaat 22 Mei 2015 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Beradat ABDB Sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-54.

Majlis berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia telah diiringi dengan muzik ‘Fanfare’ diikuti dengan Lagu Kebangsaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya dijunjung bagi sesi bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB. Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembah kenalkan dengan pakaian seragam baru ABDB oleh Pemerintah ABDB.

Sejurus selepas itu, Kebawah

Duli Yang Maha Mulia disembah kenalkan kepada Ketua Operasi KUKRI, Leftenan Kolonel Dr. Muhd Hiza Wardy bin Haji Abdul Halim yang telah mengetuai misi bantuan kemanusiaan ke Nepal pada bulan April yang lalu.

Setelah trompet dibunyikan, Pegawai Waran Mes melapor bahawa acara Santap Beradat akan bermula. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya dijunjung berangkat ke ruang santap diiringi dengan persembahan dari pasukan Pancaragam ABDB.

Doa selamat telah dibacakan oleh Kapten Ariffin bin Amit, Penolong Ketua abatan Agama ABDB.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia seterusnya dijunjung berangkat ke ruang Khas yang menempatkan pasukan Pancaragam ABDB dan telah berkenan untuk memimpin pasukan pancaragam.

Sebelum berangkat balik, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Sekali lagi Lagu Kebangsaan dimainkan diikuti dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan untuk  menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan.