
BOLKIAH GARRISON, Friday, 17th February 2023 – His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman, attended a High Tea Reception today in conjunction with His Royal Highness’ 49th Birthday Celebration hosted by the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison.
Accompanying His Royal Highness the Crown Prince and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri were His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah and Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; and His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Upon arrival at the Officers’ Mess, His Royal Highness and Her Royal Highness and members of the Royal Family were greeted by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abd. Razak bin Haji Abd Kadir, Deputy Minister of Defence and Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, RBAF Commander.
During the reception, His Royal Highness and Her Royal Highness were invited for a group photograph session and subsequently were introduced to the RBAF personnel involved in the Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT), Republic of the Philippines, RBAF personnel under the Malaysian Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) for the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), the recipient of the RBAF Commendation Award of the 12th RBAF Command and Staff Course 2022, and newly commissioned officers who received Awards of Excellence from the 21st intake of Officer Cadets, RBAF Officer Cadet School.
His Royal Highness was then presented with a video clip and photobook album titled Sejambak Ristaan XVI, a collection of photographs of His Royal Highness including during previous High Tea Reception in conjunction with His Royal Highness’ 48th Birthday Celebration hosted by Ministry of Defence and RBAF last year. This was then followed with the signing of a Commemorative Parchment, a cake-cutting ceremony and pesambah.
To bless the ceremony, Doa Kesyukuran was recited by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).




MAJLIS SANTAP PETANG SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTAKE-49 TAHUN
BOLKIAH GARISON, Juma’at, 17 Februari 2023 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ke-49 Tahun yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertempat di Mes Pegawai Bolkiah Garison.
Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri ialah Paduka-Paduka Adinda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri serta ahli-ahli Kerabat Diraja di Mes Pegawai Bolkiah Garison dijunjung oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan; dan Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.
Semasa majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung untuk sesi bergambar ramai dan seterusnya disembah kenalkan kepada anggota-anggota ABDB yang terlibat di dalam misi Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT), Republik Filipina, anggota ABDB yang mengikuti Penugasan Misi Pengaman di dalam Malaysian Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) bagi Misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL), penerima RBAF Commendation Award bagi Kursus Maktab Turus ABDB ke-12 bagi Tahun 2022, dan pegawai-pegawai yang baru ditauliahkan yang menerima Anugerah-anugerah terbaik bagi Pegawai-pegawai Kadet Pengambilan Ke-21, Sekolah Pegawai Kadet ABDB.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota kemudiannya disembahkan dengan tayangan klip video serta Buku Sejambak Ristaan XVI yang mengandungi koleksi gambar-gambar kenangan termasuk semasa Majlis Santap Petang sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-48 Tahun yang dihoskan oleh Kementerian Pertahanan dan ABDB pada tahun lepas. Majlis ini diikuti dengan penandatanganan lembaran kenangan, upacara memotong kek dan pesambah.
Bagi memberkati majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).