BOLKIAH GARRISON, Sunday, 17 February 2019 – His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince, Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman today attended a High Tea Reception hosted by the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (ABDB) in conjunction with the 45th Birthday Celebration of His Royal Highness the Crown Prince which was held at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison.
Accompanying His Royal Highness the Crown Prince and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri were His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah and Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah.
Upon arrival, His Royal Highness the Crown Prince and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri and members of the Royal Family were greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence; and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the Commander of RBAF.
During the Reception, His Royal Highness interacted with the officers and personnel of the RBAF, as well as Brunei Darussalam’s 14th International Monitoring Team (IMT) to Mindanao, Republic of the Philippines; RBAF personnel embedded under the Malaysian Battalion 850-6 (MALBATT 850-5) for the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL); the Best International Student for Company Commander Course Series 2/2018 in Malaysian Army Training & Doctrine Command; and the 17th Intake of RBAF Officer Cadet School.
His Royal Highness then received a photobook album titled ‘Sejambak Ristaan XII,’ a collection of His Royal Highness’ photographs during his visits to the Ministry of Defence and RBAF and invited to sign a Commemorative Parchment
At the Reception, His Royal Highness was also presented with a birthday cake and a pesambah from members of the RBAF. To bless the ceremony, a Doa Kesyukuran was read by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Royal Brunei Navy (RBN), Head of RBAF Religious Department.
At the end of the Reception, His Royal Highness and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri and members of the Royal Family received Junjung Ziarah from all the officers and personnel attending the Reception.





MAJLIS SANTAP PETANG SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIADULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-45 TAHUN
BOLKIAH GARISON, Ahad, 17 Februari 2019 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Ke-45 Tahun yang dihoskan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garrison.
Mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri serta ahli-ahli Kerabat Diraja di Mes Pegawai Bolkiah Garrison dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.
Semasa majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra dengan pegawai-pegawai dan kakitangan ABDB, serta pegawai-pegawai kanan yang akan menamatkan perkhidmatan dalam tahun 2019; Pasukan Pemantau Antarabangsa (PPA) Ke-14 Negara Brunei Darussalam ke Mindanao, Republik Filipina; anggota-anggota ABDB yang mengikuti Penugasan Misi Pengaman di dalam Malaysian Battalion (MALBATT 850-5) bagi Misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL); Best International Student bagi Kursus Ketua Kompeni Siri 2/2018 di Malaysian Army Training & Doctrine Command; dan Pegawai Kadet Pengambilan ke-17.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima senaskhah buku album gambar bertajuk ‘Sejambak Ristaan XII’ yang mengandungi koleksi gambar-gambar kenangan sempena lawatan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke Kementerian Pertahanan dan ABDB dan berkenan menandatangani Lembaran Kenangan
Duli Yang Teramat Mulia disembahkan dengan kek puja usia dan seterusnya berkenan menerima pesambah daripada ahli pegawai ABDB. Bagi memberkati majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Ketua Jabatan Agama ABDB.
Di akhir Majlis, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri serta ahli-ahli Kerabat Diraja menerima junjung ziarah dari pegawai-pegawai dan kakitangan yang hadir dalam majlis tersebut.