
PENANJONG GARRISON, Friday, 01 April 2022
– The Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held a Handover Ceremony of the Commandant of TI RBAF today between its outgoing Commandant, Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud and the incoming Commandant, Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman. The event took place at Dewan Nikmat, Penanjong Garrison.
Present at the ceremony were Acting Deputy Commandant TI RBAF, RBAF officers, TI RBAF personnel and invited guests. The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Lieutenant Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad, RBAF Religious Directorate Officer (JAMA’AT), and followed by a speech from the outgoing Commandant of TI RBAF where he expressed his appreciation and gratitude to all members of the Training Institute, military and civilian for their cooperation, sacrifice and dedication during his service in TI RBAF. He hoped that all members of the Training Institute would be able to enhance their efforts and commitment towards achieving the desired vision and mission.
The ceremony then continued with the signing of the handover certificates of duties of the Commandant of TI RBAF, followed by the handing over of “Tongkat”, signified with a pen and a book between the outgoing Commandant of TI RBAF and the new Commandant of TI RBAF. The “Tongkat”, which is in the form of a pen and a book, symbolises the handing over of TI RBAF leadership from the outgoing Commandant to the new Commandant.
After the official handover of the duties, the ceremony continued with the recitation of Doa Selamat and followed with a speech by the newly appointed 25th Commandant of TI RBAF, Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi. In his speech, he conveyed his utmost appreciation to the outgoing Commandant of TI RBAF for his determination, commitment, professionalism and experienced leadership in developing and expanding the Training Institute all this while. He also expressed his hopes to shape the direction of the Training Institute by emphasising on several things namely spirituality, leadership and management, professionalism, human capital, defence diplomacy and practice of the core values of the RBAF. He also reminded all levels of leadership and staff of the Training Institute to remain committed, united and to always uphold integrity in carrying out their respective responsibilities and duties.
The ceremony ended with the recitation of a Doa and then concluded with a group photo and refreshments held at Officers’ Mess, Penanjong Garrison.



MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Jumaat, 01 April 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada hari ini telah melangsungkan upacara Majlis Serah Terima Tugas Komandan IL ABDB di antara mantan Komandan IL ABDB, Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud dengan Komandan IL ABDB yang baru, Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman. Majlis tersebut diadakan di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Komandan IL ABDB, pegawai-pegawai dan anggota-anggota IL ABDB serta jemputan khas. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Leftenan Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad, Pegawai Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) dan diikuti dengan ucapan daripada mantan Komandan IL ABDB. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga Institut Latihan, tentera dan awam di atas kerjasama, pengorbanan dan dedikasi yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat di IL ABDB. Beliau juga berharap agar semua warga Institut Latihan akan dapat menggandakan usaha dan komited dalam memberikan kerjasama ke arah mencapai visi dan misi yang diharapkan.
Acara kemudian diteruskan lagi dengan Upacara Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Komandan IL ABDB serta penyerahan Tongkat di antara mantan Komandan IL ABDB dan Komandan IL ABDB yang baru. Tongkat tersebut, yang direka bentuk seperti pen dan buku, adalah merupakan simbolik untuk penyerahan kepimpinan IL ABDB daripada Komandan yang lama kepada yang baru.
Setelah rasminya penyerahan tugas jawatan Komandan IL ABDB, acara diteruskan dengan bacaan doa selamat, diikuti dengan ucapan daripada Komandan IL ABDB yang baru yang ke-25, Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi di mana beliau merakamkan perhargaan dan terima kasih kepada mantan Komandan IL ABDB di atas kepimpinan beliau yang penuh keazaman, komited, profesional dan berpengalaman dalam membangun dan mengembangkan Institut Latihan. Dengan keupayaan dan status Institut Latihan yang telah diusahakan dan dicapai sebelum ini, beliau berharap untuk mencorakkan hala tuju Institut Latihan dengan memberikan penekanan kepada beberapa perkara iaitu kerohanian, pemerintahan dan pengurusan, professionalisme, human capital, diplomasi pertahanan dan pengamalan kepada nilai-nilai teras ABDB. Beliau juga menyeru agar segenap lapisan kepimpinan dan warga Institut Latihan untuk terus komited, bersatu padu, berganding bahu, bekerjasama, sentiasa mengamalkan sikap jujur dan penuh amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugasan masing-masing.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan seterusnya sesi bergambar ramai dan menikmati majlis jamuan makan yang diadakan di Mes Pegawai Penanjong Garison.