BOLKIAH GARRISON, Friday 20  January 2017 – The Directorate of Personnel, Ministry of Defence held a handover ceremony for its Director between Colonel Haji Abdul Hadi bin Haji Saim and Lieutenant Colonel (U) Alirupendi bin Haji Perudin.

The former has been appointed as the Chief of Staff of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) effective 3 January 2017. He is the first to be appointed to the post whilst Lieutenant Colonel (U) Alirupendi is the 15th Director of Personnel.

The ceremony took place at the RBAF Band Building and began with a prayer recited by Captain Narulismandy bin Haji Samaih from the RBAF Religious Department (JAMA’AT).

Present during the ceremony were senior officers, officers and other military as well as civilian members of the Directorate.


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH KEANGGOTAAN

BOLKIAH GARISON, Jumaat 20 Januari 2017 Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas bagi Pengarah Keanggotaan di antara Kolonel Haji Abdul Hadi bin Haji Saim dan Leftenan Kolonel (U) Alirupendi bin Haji Perudin.

Kolonel Haji Abdul Hadi telah dilantik sebagai Ketua Staf Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bermula 3 Januari 2017. Beliau merupakan lantikan yang pertama bagi jawatan Ketua Staf ABDB manakala Leftenan Kolonel (U) Alirupendi bin Haji Perudin ialah Pengarah Keanggotaan yang ke-15.

Upacara tersebut, yang diadakan di Bangunan Pancaragam ABDB, diberkati dengan bacaan doa selamat oleh Kapten Narulismandy bin Haji Samaih dari Jabatan Agama, ABDB (JAMA’AT).

Turut hadir menyaksikan upacara ini ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, serta anggota-anggota tentera dan awam dari Jabatanarah Keanggotaan.