RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 28 August 2020 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Handover Ceremony between Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the outgoing Commander of RBAirF, with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the incoming Commander of RBAirF at Dewan Punai, Rimba Air Force Base.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a speech from the outgoing Commander of RBAirF. The ceremony continued with the signing of the Handing Over Certificate as well as the handing over of the ‘Pilot Cyclic’ between Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat and Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, which marks the official transfer of leadership and command of the Royal Brunei Air Force. 

In attendance were Deputy Commander of RBAirF, senior officers, officers, Air Force Sergeant Major and RBAirF personnel.

As the newly appointed Commander of RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim also delivered his inaugural speech as the 15th Commander of RBAirF during the ceremony. 


The ceremony concluded with a closing doa led by Lieutenant (U) Haji Muhd Syasuandi bin Haji Abu Bakar from RBAF Religious Department (JAMA’AT). 




UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 28 Ogos 2020 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Upacara Serah Terima Tugas di antara Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Mantan Pemerintah TUDB dengan Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB yang baharu bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Pemerintah TUDB. Acara diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB serta penyerahan ‘Pilot Cyclic’ di antara Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dengan Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, yang melambangkan penyerahan tugas sebagai Pemerintah TUDB secara rasmi.

Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar TUDB dan anggota-anggota TUDB.

Sebagai Pemerintah TUDB yang baharu, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif juga menyampaikan ucapan perasmiannya sebagai Pemerintah TUDB yang ke-15.


Upacara diakhiri dengan bacaan doa penutup yang diketuai oleh Leftenen (U) Haji Muhd Syasuandi bin Haji Abu Bakar dari Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT).