BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 23 April 2018 – A house renovation project was completed at Kampong Junjongan, marking another milestone in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) community work dubbed as ‘Projek Titian Amal’.
The Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud was present as the Guest of Honour at the handing over ceremony today.
Also present were Yang Berhormat Haji Mohimin bin Haji Johari, member of the State Legislative Council; Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir, Acting Director of Department of Community Development (JAPEM), Awang Misle bin Haji Abd Karim, Brunei and Muara District Officer; Services Commanders and Commandants; senior officers at the Ministry of Defence, RBAF, and JAPEM; Brunei Darussalam Military Veterans Association, and sponsors.
At the ceremony, the Guest of Honour presented the handover certificate and a mock key of the Titian Amal Project to 10730 Sergeant (Retired) Hamri bin Haji Braim, who is the resident of the renovated house, and later presented certificates of appreciation to the sponsors.
This renovation project was undertaken by the RBAF in collaboration with JAPEM and the Brunei and Muara District Office. The project also gained support and received contributions from sponsors such as DAELIM Industrial Co Ltd, HSE Engineering Sdn Bhd, Global Ocean Pool & Construction Sdn Bhd, Syarikat Pembangunan Haji Awang Ibrahim P.P.W Haji Mohammad Sdn Bhd, Shazan Trading Sdn Bhd, Royal Brunei Technical Services, Bian Hoe Sdn Bhd, Butra Heidelberg Cement (BHC) Sdn Bhd (Brunei Cement), Hua Ho Supermarket Sdn Bhd (Kiulap Branch) and Takaful Brunei Am.
The manpower for this project consisted of personnel from the Royal Brunei Navy and Royal Brunei Air Force, as well as contractors under the Ministry of Defence. The project itself took about 9 months to be completed.
Similar projects have been undertaken under the Projek Titian Amal in order to encourage a culture of giving, and to strengthen communities and the nation altogether.


MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 April 2018 – Satu projek pembinaan rumah telah selesai dilaksanakan di Kampung Junjongan, menjadikannya satu lagi mercu tanda dalam acara kemasyarakatan di bawah Projek Titian Amal.
Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud hadir selaku tetamu kehormat di majlis penyerahan projek hari ini.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Haji Mohimin bin Haji Johari, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Komandan-Komandan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan, ABDB dan JAPEM, Ahli-ahli Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam dan para penaja.
Di majlis penyerahan tersebut, tetamu kehormat berkesempatan untuk menyampaikan sijil penyerahan dan kunci rumah Projek Titian Amal kepada 10730 Sarjan (Bersara) Hamri bin Haji Braim dan diikuti dengan penyampaian sijil–sijil penghargaan kepada penaja-penaja.
Projek pembinaan rumah ini adalah usaha kerjasama antara ABDB dengan JAPEM dan Pejabat Daerah Brunei dan Muara. Projek ini turut menerima bantuan sumbangan daripada beberapa penaja-penaja yang terdiri daripada DAELIM Industrial Co Ltd, HSE Engineering Sdn Bhd, Global Ocean Pool & Construction Sdn Bhd, Syarikat Pembangunan Hj Awang Ibrahim P.P.W Hj Mohammad Sdn Bhd, Shazan Trading Sdn Bhd, Royal Brunei Technical Services, Bian Hoe Sdn Bhd, Butra Heidelberg Cement (BHC) Sdn Bhd (Brunei Cement), Gedung Perniagaan Hua Ho Sdn Bhd (Cawangan Kiulap) dan Takaful Brunei Am.
Tenaga kerja yang membantu menjalankan projek ini adalah terdiri daripada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Brunei, serta kontraktor-kontraktor di bawah Kementerian Pertahanan. Perlaksanaan projek ini mengambil masa lebih kurang 9 bulan untuk disempurnakan.
Projek-projek yang serupa telah dilaksanakan di bawah Projek Titian Amal untuk memupuk budaya-beri-memberi, dan untuk mengukuhkan hubungan komuniti dan negara sama sekali.