TUTONG, Thursday, 30 November 2017 – After the handing over ceremony at Kampung Menunggol earlier this month, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) under the “Titian Amal“ completed another milestone as part of their on-going project at Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA) in the Tutong District which began on 19 July 2017.

The Guest of Honour for the ceremony was the Captain Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, RBN as the Chairman of the Executive Committee of the RBAF 56th Anniversary. Also present were President of Persatuan KACA, members of the State Legislative Council, Acting Officer of Tutong District as well as Senior Officers of RBAF and other invitees.

The refurbishment project was fully implemented by the RBAF with sponsorships from Aziz Latif & Company Sdn Bhd, Malai Mashor Companies, Syarikat Nurzarifah, Syarikat Haji Ibrahim and Progressive Cellular. personnel from 2nd Battalion Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Air Force, Training Institute RBAF, as well as civilian personnel from the MINDEF made up the workforce in the project. This project took 10 weeks to be completed.

The Guest of Honour presented the Handover Certificate of Titian Amal Project to the Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA) and Certificate of Appreciation to the sponsors.

The last project under “Titian Amal” this year will be the house renovation project at Kampung Junjongan. This project is expected to be completed early next year. With such projects, the Royal Brunei Armed Forces aims to help those in need and to also strengthen their working relationships with other government and private agencies to work together as a community.   





MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL DI PERSATUAN KACA DAERAH TUTONG

TUTONG, Khamis, 30 November 2017 – Selepas majlis penyerahan di Kampung Menunggol awal bulan ini, projek kemasyarakatan Tititan Amal menumpukan usahanya ke Projek Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA) di Daerah Tutong yang mana projek ini telah dimulakan pada 19 Julai 2017.

Tetamu Kehormat bagi majlis ini adalah Kepten Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, TLDB, selaku Pengerusi Tertinggi Jawatankuasa Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-56.

Turut hadir di majlis penyerahan tersebut adalah Presiden Persatuan KACA, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pemangku Pegawai Daerah Tutong serta Pegawai Kanan ABDB dan para jemputan.

Projek menaikkan taraf Persatuan KACA diungkayahkan oleh ABDB dengan sumbangan daripada penaja-penaja yang mana terdiri daripada Aziz Latif & Company Sdn Bhd, Malai Mashor Companies, Syarikat Nurzarifah, Syarikat Haji Ibrahim dan Progresif Cellular. Tenaga kerja yang membantu menjalankan projek ini adalah terdiri dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan Institut Latihan ABDB serta kakitangan awam dari Kementerian Pertahanan. Perlaksanaan projek ini mengambil masa 10 minggu disempurnakan.

Tetamu Kehormat Majlis menyerahkan Sijil Penyerahan Projek Titian Amal kepada Persatuan KACA dan Sijil Penghargaan kepada penaja-penaja.

Projek Kemasyarakatan yang terakhir di bawah Projek Titian Amal tahun ini adalah projek pembinaan rumah di Kampung Junjongan yang mana ianya masih giat dilaksanakan. Projek ini akan dijangka siap pada awal tahun hadapan. Dengan adanya projek-projek seperti ini, ianya boleh meringankan beban orang yang memerlukan dan pihak ABDB berharap untuk menolong orang-orang yang memerlukan dan mengeratkan hubungan kerjasama di antara ABDB dengan agensi-agensi kerajaan dan sector swasta.