BERAKAS GARISSON, Friday 1 March 2013 – A handing over ceremony at Parade Square 1st Batallion Royal Brunei Land Forces (RBLF) yesterday officiate the appointment of 478 Leftenan Colonel Omar Shariff bin Hj Hidop as the Commanding Officer of 1st Batallion RBLF.
Upon the arrival of 398 Leftenan Colonel Haji Damit bin Haji Bakar, former 1st Batallion RBLF Commanding Officer, the event starts off with parade inspection of the 1st Batallion military personnel.
The ceremony then proceeded with the signing of Handing Over Certifcate of Commanding Officer between 398 Leftenan Colonel Haji Damit bin Haji Bakar,and 478 Leftenan Colonel Omar Shariff bin Hj Hidop.



BERAKAS GARISON, Jumaat 1 MAC 2012 – Upacara
Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Batalion Pertama, Tentera Darat
Diraja Brunei telah berlangsung di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB di
Perkhemahan Berakas. 478 Leftenan Kolonel Omar Shariff Bin Haji Hidop
kini adalah Pegawai Pemerintah Batalion Pertama TDDB yang baru setelah
secara rasmi mengambil alih jawatan tersebut dari 398 Leftenan Kolonel
Haji Damit bin Haji Bakar dalam majlis yang dihadiri oleh
Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat serta jemputan.
Sebaik
tiba di padang kawad, Pegawai Pemerintah Batalion Pertama, Leftenan
Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar menerima Tabik Kehormat dan seterusnya
memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota
Batalion Pertama TDDB di bawah perintah ketua perbarisan, 525 Mejar Pg
Mas Hamin bin Pg Momin.
Acara
diteruskan dengan upacara menandatangani sijil serah terima tugas
jawatan Pegawai Pemerintah Batalion Pertama TDDB, menandakan secara
rasmi upacara serah terima tugas. Bagi memberkati upacara pada hari
tersebut doa selamat telah dibacakan oleh 16728 Sjn Norhasrin bin Asli
wakli daripada Jabatan Agama Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan.
Bagi menandakan penerimaan jawatan, Pegawai Pemerintah Batalion Pertama
TDDB yang baru, 478 Leftenan Kolonel Omar Shariff Bin Haji Hidop
menerima Tabik Hormat dan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan.