University Brunei Darussalam, Monday, 21 August 2023 – His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al- Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and Pro-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD) presented certificates to graduates of Master’s Degree, Bachelor Degree, Graduate Diploma and Diploma at the 35th UBD Convocation Ceremony held at the Chancellor Hall, UBD.

Amongst the graduates, officers from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Ministry of Defence, Royal Brunei Police Force and Internal Security Department who have completed the Command and Staff Course (CSC) in 2022 and were awarded Graduate Diploma in Defence and Security Studies. Five officers who pursued additional module after completing the CSC 8/2018, CSC 10/2020 and CSC 11/2021 also received Master of Defence and Security Studies during the convocation.
RBAF has been collaborating with UBD since 2019 as the main academic provider for CSC which aims to expand the professional and academic knowledge in studying current strategic issues and their impact in the field of defence and security. Officers who complete this course have the opportunity to pursue their Master’s degree in Defence and Security Studies at UBD.


 




PENGURNIAAN IJAZAH BAGI PEGAWAI-PEGAWAI ABDB DI MAJLIS KONVOKESYEN UBD KE-35


Universiti Brunei Darussalam, Isnin, 21 Ogos 2023 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah berkenan mengurniakan ijazah kepada graduan Sarjana, Sarjana Muda, Diploma Lanjutan dan Diploma di Majlis Konvokesyen UBD ke-35 bertempat di Dewan Canselor, UBD.
Di antara graduan yang menerima ijazah tersebut ialah pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kementerian Pertahanan, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri yang telah berjaya menamatkan Kursus Maktab Turus pada tahun 2022, seterusnya dikurniakan Graduate Diploma in Defence and Security Studies. Manakala, seramai 5 orang pegawai yang melanjutkan pengajian di UBD dengan mengikuti modul tambahan selepas menghadiri Kursus Maktab Turus pada tahun 8/2018, 10/2020 dan 11/2021 dikurniakan Master of Defence and Security Studies.
ABDB telah bekerjasama dengan UBD sejak tahun 2019 sebagai pembekal akademik bagi Kursus Maktab Turus yang bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional dan akademik dalam mempelajari isu-isu strategik pada masa kini serta kesannya dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Pegawai-pegawai yang menamatkan kursus ini berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master of Defence and Security Studies di UBD.