BOLKIAH GARRISON, Friday 30 August 2013– A commissioning ceremony was held for a Royal Brunei Armed Forces (RBAF) scholar to become a Cadet Officer at the Officers’ Mess in Bolkiah Garrison. The Commander of RBAF, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, was present to officiate the female cadet officer.
The 18 year old, known as 21734 OCdt Naqibah binti Dato Paduka Ahmad Bukhari, was a student from Paduka Seri Begawan Sultan Science College who achieved excellent ‘A’ level results, 2A*s and 1A in Chemistry, Mathematics and Biology respectively, last year.
She was also recently awarded the Royal Brunei Armed Forces Scholarship 2013 in June after undergoing a rigorous selection process. Under the RBAF Scholarship, she will be pursuing Doctor of Medicine (MD) Program at National Defence University Malaysia (UPNM) beginning this September for a span of five years. 21734 OCdt Naqibah will be the first international student to be enrolled into UPNM.
The Faculty of Medicine and Defence Health (FMDH) at UPNM, was established in 2009 and received its first intake of students in 2011. The medical faculty is the first in Malaysia to combine medical science with military science in a unique medical program. The medical program comprises General Medicine with the addition of Military medicine that includes Underwater Medicine, Aviation Medicine, Sports Medicine, Battlefield Medicine and more. Military students studying the course will also have to undergo military training throughout the 5 years of study.
Present at the event were members of Defence Executive Committee, military and civilian directors, the RBAF Chief Medical Officer, trainers and civilian guests including parents, fellow scholars, teachers and friends.



PENUNTUT BRUNEI PERTAMA KE UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
BOLKIAH GARISON, Jumaat 30 Ogos 2013
–Majlis Penauliahan Pegawai Kadet bagi seorang penerima biasiswa
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi tahun 2013 telah berlangsung di
Mes Pegawai Bolkiah Garison, yang disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin
Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
21734
PKdt Naqibah binti Dato Paduka Ahmad Bukhari akan melanjutkan pengajian
ke peringkat ijazah sarjana muda program Doktor Perubatan selama 5tahun
di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), bermula pada 2
September 2013 ini. 21734 PKdt Naqibah merupakan bekas penuntut Maktab
Sains Paduka Seri Begawan Sultan yang telah berjaya meraih keputusan
cemerlang (2A* dan 1A) dalam peperiksaan Peringkat ‘A’ dan telah
dianugerahkan biasiswa ABDB pada bulan Jun tahun ini setelah lulus
menjalani proses pemilihan tahunan penerima biasiswa Kementerian
Pertahanan yang sangat kompetitif.
Fakulti
Perubatan dan Kesihatan Pertahanan universiti tersebut telah ditubuhkan
pada tahun 2009 dan pengambilan penuntut-penuntut perubatan telah
bermula pada tahun 2011. Fakulti ini merupakan fakulti perubatan pertama
di Malaysia yang mengintegrasikan ilmu sains perubatan dengan latihan
ketenteraan dalam satu program yang unik. Program Perubatan berkenaan
mengandungi mata-pelajaran yang cenderung kepada aspek keperluan
ketenteraan seperti ‘Aerospace Medicine’, ‘Underwater Medicine’,
‘Battlefield Medicine’ dan lain-lain lagi.
21734
PKdt Naqibah merupakan penuntut antarabangsa yang pertama diterima
masuk untuk menjalankan pengajian ke UPNM. Beliau akan kembali ke negara
ini dan berkhidmat dengan ABDB sebagai seorang Doktor Tentera setelah
menamatkan pengajiannya nanti.
Turut
hadir itu ialah ahli-ahli Ahli-ahli Jawatkuasa Eksekutif Pertahanan,
pengarah-pengarah tentera dan awam, ketua pegawai perubatan ABDB,
jurulatih-jurulatih dan tetamu-tetamu awam termasuk ibubapa, guru-guru,
penerima-penerima biasiswa Kementerian Pertahanan serta kawan-kawan
Pegawai Kadet tersebut.