SUNGAI TUJUH, Monday, 17 September 2018 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) and the Malaysian Army held a cycling event which is divided into two phases, starting from 17 to 18 September 2018. The event is part of the programme under “Ekspedisi Borneo Siri 02/2018” organised by the Malaysian Army. 

The cycling event covered a distance of 103 kilometres. The first phase started today at Sungai Tujoh, Kuala Belait and ended at Kuala Lurah Immigration Control Post. Following that, the event also witnessed the handing over of the flag from Lieutenant Colonel Rokaib bin Ahmad, Commanding Officer of 7th Battalion, Border Regiment, Malaysian Army to Lieutenant Colonel Alirudimi bin Haji Perudin, Head of Doctrine, Royal Brunei Land Force. The second phase of the event will start at Puni Immigration Control Post and conclude at Labu Immigration Control Post on 18 September 2018. 

The event serves to promote a healthy and active lifestyle amongst both Armies’ personnel. It also aims to bring closer ties between Brunei Darussalam and Malaysia, and through cycling itself, share their interests in cycling and strengthen solidarity amongst the personnel. 



ACARA BERBASIKAL MUHIBAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA DARAT MALAYSIA 

SUNGAI TUJUH, Isnin, 17 September 2018– Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengadakan Acara Berbasikal Muhibah yang dibahagikan kepada dua fasa, bermula pada 17 hingga 18 September 2018. Acara ini adalah sebahagian daripada program Ekspedisi Borneo Siri 02/2018 yang dikendalikan oleh Tentera Darat Malaysia. 

Acara berbasikal dengan jarak laluan sejauh 103 kilometer. Fasa pertama acara ini telah bermula daripada Sungai Tujoh, Kuala Belait dan berakhir di Pos Imigresen Kuala Lurah pada hari ini. Berikutan itu, penyerahan bendera serta cenderahati daripada Leftenan Kolonel Rokaib bin Ahmad, Pegawai Pemerintah Batalion Ke-Tujuh Rejimen Sempadan, TDM kepada Leftenen Kolonel Alirudimi bin Haji Perudin, Ketua Doktrin, TDDB telah dilaksanakan. Manakala, fasa kedua akan bermula di Pos Imigresen Puni dan berakhir di Pos Imigresen Labu pada 18 September 2018. 

Acara ini bertujuan untuk memberikan sokongan dan dokongan kepada konsep gaya hidup sihat di kalangan warga TDDB dan TDM. Ianya juga bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, serta juga berkongsi minat dalam berbasikal, dan mengukuhkan solidariti di kalangan anggota-anggota tentera.