Friday, 29 May 2026 – In conjunction with the 65th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), nine RBAF officers were given the opportunity to deliver the Friday Sermon at selected mosques nationwide as a manifestation of spiritual values in strengthening national defence.
The sermon delivery highlighted the role of the RBAF not only as the nation’s foremost pillar of security and sovereignty, but also as an institution that continuously upholds spiritual development, moral strengthening, and the cultivation of national identity founded upon Islamic teachings.
Senior officers and officers from the RBAF Religious Directorate involved in delivering the sermon were Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar at Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Mosque, Mukim Kilanas; Major Mohd Hishamuddin bin Haji Marzoki at Kampong Puni Mosque, Temburong; Major Narulismandy @ Anwar Hadi bin Haji Samaih at Sultan Sharif Ali Mosque, Mukim Sengkurong; Captain Mohammad Ayza Azrine bin Haji Ayahani at Rancangan Perpindahan Negara Kampong Rataie Mosque, Temburong; Captain Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli at Zainab Mosque, Lumut; Captain (U) Haji Md Syasuandi @ Muhd Rushdie bin Haji Abu Bakar at Hassanal Bolkiah Mosque, Tutong; Lieutenant Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad at Pekan Seria Mosque; and Lieutenant Mohd Noor Ridzwan bin Ahad at Haji Abdul Azim Mosque, Kampong Luagan Dudok, Tutong.
Also delivering the sermon was a senior officer from the Royal Brunei Land Force, Yang Mulia Lieutenant Colonel Ariffin bin Amit @ Hamid, at Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Mosque, Kampong Tamoi.
The Friday Sermon entitled, “Ketakwaan Teras Kekuatan Pertahanan Negara”, emphasised that military strength does not solely depend on weapons, technology, or strategy, but rather lies in piety towards Allah Subhanahu Wa Ta‘ala, steadfastness of the soul, Zikr, unwavering obedience, and patience in facing trials. These are the foundation of strength that leads to blessed victory, as victory in Islam is measured not only by success on the battlefield, but also by the extent of obedience and reliance upon Allah Subhanahu Wa Ta‘ala, as stated in Surah Al-Anfal, verse 45.





















PENYAMPAIAN KHUTBAH JUMA’AT SEMPENA HUT ABDB KE-65
Juma’at, 29 Mei 2026 – Sempena memperingati Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) ke-65, seramai sembilan pegawai daripada ABDB telah diberikan peluang untuk menyampaikan Khutbah Juma’at di masjid-masjid terpilih seluruh negara sebagai manifestasi penghayatan nilai kerohanian dalam memperkukuhkan pertahanan negara.
Penyampaian khutbah ini mengetengahkan peranan ABDB bukan sahaja sebagai benteng utama keselamatan dan kedaulatan negara, malah sebagai institusi yang sentiasa mendukung pembangunan rohani, pengukuhan akhlak serta pembinaan jati diri bangsa berteraskan ajaran Islam.
Pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Jabatanarah Agama ABDB yang terlibat dalam menyampaikan khutbah tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas; Yang Mulia Mejar Mohd Hishamuddin bin Haji Marzoki di Masjid Kampong Puni, Temburong; Yang Mulia Mejar Narulismandy @ Anwar Hadi bin Haji Samaih di Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong; Yang Mulia Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Haji Ayahani di Masjid Rancangan Perpindahan Negara Kampong Rataie, Temburong; Yang Mulia Kapten Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli di Masjid Zainab, Lumut; Yang Mulia Kapten (U) Haji Md Syasuandi @ Muhd Rushdie bin Haji Abu Bakar di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong; Yang Mulia Leftenan Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad di Masjid Pekan Seria; dan Yang Mulia Leftenan Mohd Noor Ridzwan bin Ahad di Masjid Haji Abdul Azim, Kampong Luagan Dudok, Tutong.
Manakala seorang pegawai kanan daripada Tentera Darat Diraja Brunei iaitu Yang Mulia Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit @ Hamid, turut menyampaikan khutbah di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampong Tamoi.
Khutbah Juma’at sempena Sambutan HUT ABDB ke-65 bertajuk “Ketakwaan Teras Kekuatan Pertahanan Negara” menegaskan bahawa kekuatan ketenteraan bukan hanya bergantung kepada senjata, teknologi atau strategi, tetapi terletak pada ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala, keteguhan jiwa, zikir yang berterusan, ketaatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian. Inilah asas kekuatan yang membawa kepada kemenangan yang diberkati, kerana kemenangan dalam Islam diukur melalui sejauh mana ketaatan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala, sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Anfal, ayat 45.