BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 31 July 2018 – The nationwide birthday celebrations for His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 72nd birthday officially concluded today with a ceremony that saw to the lowering of the giant national flag in the open area of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex.
Present as the Guest of Honour was Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Permanent Secretary (Safety, Welfare and Law) of Ministry of Home Affairs.
20 personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) were involved in lowering the national flag, led by Lieutenant Junior Grade (Lt JG) Mohd Farasul Wa’ie bin Wadi, RBN. The entire proceeding was accompanied by the National Anthem, ‘Allah Peliharakan Sultan’.
Subsequently, the national flag was handed over to the Guest of Honour. A Doa Selamat was then recited to conclude the event, signaling the end of the month-long royal birthday celebrations.

ACARA PENURUNAN BENDERA BESAR SEMPENA MENANDAKAN BERAKHIRNYA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM KE-72 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 31 Julai 2018 – Sambutan senegara Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 hari ini selesai dengan upacara penurunan bendera besar Negara Brunei Darussalam yang diadakan di kawasan terbuka Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Penurunan bendera kebangsaan telah dilaksanakan oleh 20 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Leftenan Madya (Lt Dya) Mohd Farasul Wa’ie bin Wadi, TLDB dengan diiringi oleh Lagu Kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’.
Setelah penurunan, bendera besar tersebut telah diserahkan kepada Tetamu Kehormat. Doa Selamat juga dibacakan bagi mengakhiri upcara tersebut dan juga menandakan berakhirnya perayaan Hari Keputeraan berpanjangan sehingga sebulan.