BOLKIAH GARRISON, Monday, 27 April 2015 – A Flag Cession Ceremony to Ministry of Defence contingent who will participate in the Inter-Ministry Sport Festival 2015 (PSKK 2015) was held at the Gymnasium Bolkiah Garrison.

This year, Ministry of Defence sent a total of 247 athletes and officials consisting of Royal Brunei Armed Forces, officials and civil servants of the Ministry of Defence will participate in five events contested namely Netball, Futsal, Athletics, Petanque and Tug-of-War.

Present as the guest of honor at the flag presentation ceremony was Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Deputy Permanent Secretary (Technology) as Chief contingent. In his speech, he expressed the hope that the athletes will be able to maintain and enhance the performance achieved in 2014. He further called on all citizens of the Ministry involved either as athletes or as management will be able to maintain the good name of the Ministry, in addition to maintaining discipline in the court and was always Sportsmanship all times.

The ceremony ended with Doa led by Awang Suhif @ Syu’aib bin Haji Abdullah, Imam of Surau Ministry of Defence.





MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINGEN KEMENTERIAN PERTAHANAN BAGI PSKK 2015

BOLKIAH GARISON, Isnin 27 April 2015
– Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontingen Kementerian Pertahanan
yang akan menyertai kejohanan Pesta Sukan Kementerian-Kementerian 2015
(PSKK 2015) telah diadakan di Dewan Gerak Badan Lelaki, Bolkiah Garison.

Pada tahun ini Kementerian Pertahanan menghantar seramai 247
orang atlet dan pegawai yang terdiri daripada anggota Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei, pegawai serta kakitangan awam Kementerian
Pertahanan. Kementerian Pertahanan akan menyertai kelima-lima acara
sukan yang dipertandingkan di temasya PSKK 2015 ini iaitu Bola Jaring,
Futsal, Olahraga, Petanque dan Tarik Kalat.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis Penyerahan Bendera ialah Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Timbalan Setiausaha
Tetap (Teknologi) yang juga Ketua Kontingen. Dalam ucapannya, beliau melahirkan harapan agar para atlet akan dapat
mengekalkan dan mempertingkatkan prestasi yang dicapai pada PSKK 2014
yang lalu.

Beliau seterusnya menyeru semua warga kementerian tersebut
yang terlibat sama ada sebagai atlet atau sebagai pihak pengurusan akan
dapat menjaga nama baik kementerian tersebut, di samping menjaga
disiplin di dalam gelanggang dan sentiasa bersikap sportmanship setiap
masa.

Majlis
diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Awang  Suhif @
Syu’aib bin Haji Abdullah Imam Surau Kementerian Pertahanan.