RIMBA, Friday 28 August 2015 – A sending off ceremony was held this morning for two Royal Brunei Armed Forces (RBAF) contingents on monitoring and peacekeeping mission abroad.


Six personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and one personnel from Royal Brunei Police Force will monitor the ceasefire agreement between the Philippines government and the Moro Islamic Liberation Front in the 12th International Monitoring Team (IMT) mission in Mindanao, Republic of the Philippines.


The outgoing 12th IMT contingent was led by 429 Lieutenant Colonel Azman bin Haji Bangkol consists of 785 Major Sheikh Faisal bin Dato Paduka Sheikh Adnan; 831 Captain Mohd Rushdi bin Haji Awang Yusuf; Assistant Superintendent Ak Haji Mohd Khairul Anuar bin Pg Haji Ahmad; 9193 Warrant Officer 1 Zailani bin Haji Kamis; 10127 Warrant Officer 1 Pg Saini bin Pg Haji Jumaat and 11211 Warrant Officer 2 Mustapa bin Haji Salleh.


Meanwhile 29 RBAF personnel will be deployed in Lebanon under United Nations Interim Force (UNIFIL) to supervise peacekeeping and security mission in the country. The national contingent will join troops from Malaysia under the command of Malaysian Battalion 850-3 (MALBATT 850-3).


Present to attach logo on each IMT personnel and UNIFIL personnel was the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.  


This was followed by flag cession ceremony was presided by Commander of RBAF to Head of IMT contingent, Lieutenant Colonel Azman bin Haji Bangkol and Head of UNIFIL Contingent, Captain Mohd Faizi bin Haji Tarif.


The ceremony was held at Air Movement Centre (AMC), Royal Brunei Air Force Base in Rimba.

Both RBAF contingents will left the Sultanate on 31 August 2015.


Present at the ceremony were  members of Defence Executive Committee(DEC), Acting Commissioner of Royal Brunei Police Force, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam, Defence Attache of Philippine to Brunei Darussalam, Services Commanders and Commandants, Directors, Senior officers and officers of Ministry of Defence and RBAF as well as family members.


 






UPACARA PEMERGIAN KE 12TH PASUKAN PEMANTAU ANTARABANGSA (IMT) DAN MALBATT BAGI MISI UNIFIL

RIMBA, Jummat 28 Ogos 2015 – Upacara perbarisan pemergian anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi Pasukan Pemantau Antarabangsa yang ke 12 dan pasukan Malaysian Battalion 850-3 (MALBATT 850-3) bagi misi United Nations Interim Force (UNIFIL) telah diadakan hari ini.

Enam anggota ABDB dan seorang anggota dari Pasukan Polis Diraja Brunei akan menyertai misi Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) kali ke 12 di Mindanao, Republik Filipina. Pasukan IMT diketuai oleh Lt Kol Azman bin Haji Bangkol.

Lain-lain anggota yang akan menyertai misi IMT ialah Mejar Sheikh Faisal bin Dato Paduka Sheikh Adnan; Kapten Mohd Rushdi bin Haji Awang Yusuf; Penolong Penguasa Polis Ak Haji Mohd Khairul Anuar bin Pg Haji Ahmad; Pegawai Waran 1 Zailani bin Haji Kamis; Pegawai Waran 1 Pg Saini bin Pg Haji Jumaat dan Pegawai Waran 2 Mustapa bin Haji Salleh.

Manakala seramai 29 anggota ABDB akan berlepas ke Lubnan bagi misi United Nations Interim Force (UNIFIL). Kontinjen negara akan menyertai pasukan  Malaysia di bawah Batalion Malaysia 850-3 (MALBATT 850-3) dan diketuai oleh Kapten Mohd Faizi bin Haji Tarif.

Hadir untuk melampirkan logo pada setiap anggota IMT dan anggota UNIFIL ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Ini diikuti dengan majlis penyerahan bendera oleh Pemerintah ABDB kepada Ketua Pasukan IMT dan Ketua Kontinjen UNIFIL.

Majlis berlangsung di Pusat Pergerakan Udara (AMC), Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.

Rombongan Kontinjen Pemantau IMT dan pengaman MALBATT UNIFIL akan meninggalkan tanahair pada 31 Ogos 2015.

Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Penasihat Pertahanan Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Komandan-komandan, Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai Kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta ahli keluarga.