BOLKIAH GARRISON,
Tuesday, 27 August 2019 – A total of 75 members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) consisting of officers and other ranks attended a Financial Planning Briefing organised by the Finance Department, Directorate of Personnel.

The brief was to promote financial literacy among the RBAF personnel and was delivered by Dayang Norliah Mohd Taib, Relationship Manager of Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). 

Among the issues presented was the importance of financial planning in order to achieve the goals of each individual. Additionally, the briefing also discussed prudent spending behaviours, as well as providing a basic understanding of one’s needs and wants. She further highlighted the importance of saving for retirement needs.

After the briefing, BIBD held a Question & Answer session, and also provided customer service to those that were present. 




TAKLIMAT PERANCANGAN KEWANGAN BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Selasa, 27 Ogos 2019 – Seramai 75 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan lain-lain peringkat (LLP) telah menghadiri Taklimat Perancangan Kewangan. Taklimat Perancangan Kewangan yang dianjurkan oleh Pejabat Kewangan, Jabatanarah Keanggotaan.

Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai dengan pengendalian atau pengurusan kewangan, yang mana taklimat ini akan disampaikan oleh Dayang Norliah Mohd Taib, Pengurus Perhubungan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Antara perkara yang disampaikan ialah tentang kepentingan merancang kewangan bagi mencapai impian dan matlamat setiap individu. Selain itu, taklimat ini juga menyentuh tentang perbelanjaan, menyampaikan kefahaman di antara keperluan dengan kemahuan (needs versus wants). Pihak BIBD juga turut menyentuh mengenai kepentingan menabung bagi kesenangan dan keperluan semasa persaraan nanti.

Di penghujung taklimat, pihak BIBD telah membukakan sesi soal jawab serta khidmat pelanggan secara terus kepada anggota-anggota yang hadir semasa taklimat.