BOLKIAH GARRISON, Thursday 8 June 2017 – In conjunction with its 56th Anniversary, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today held its final Khatam Al-Quran ceremony and marked the RBAF personnel’s completion of 30 Juz of the Al-Quran at the Ad-Difa’ Surau, Ministry of Defence.

The ceremony was also held as part of RBAF’s continuous efforts to promote religious activities during the month of Ramadhan and to cultivate the love of Al-Quran.

Present as the guest of honour was the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah. Also present were the Joint Force Commander, Directors, Senior Officers and Officers of RBAF.

The ceremony began with mass Zohor prayers, Takhtim and Khatam prayers followed by the Dikir Marhaban.

Earlier, a similar Khatam Al-Quran ceremony was also organised by the lady officers of the RBAF serving in the Ministry of Defence and units of the RBAF.




MAJLIS PENUTUP KHATAM AL-QURAN HARI ULANG TAHUN ABDB YANG KE-56

BOLKIAH GARISON, Khamis 8 Jun 2017 – Bersempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang Ke-56, ABDB pada hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran penutup bagi anggota-anggota ABDB yang menamatkan 30 Juz Al-Quran di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan.

Majlis merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ABDB dalam menggalakkan aktiviti-aktiviti keugamaan terutamanya dalam bulan Ramadhan serta untuk memupuk sifat mencintai membaca Al-Quran.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah. Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersama, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota di Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Zohor berjemaah, Takhtim dan Khatam diikuti dengan Dikir Marhaban.

Sementara itu, Askar Pegawai-Pegawai Wanita ABDB yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan dan unit-unit di ABDB juga mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang sama.